Monday, December 13, 2010

Menanti ...




Sebaik sahaja ana pulang dari kenduri,ana dikejutkan oleh kakakku dengan berita yang disampaikan.Berita kematian nenek lelaki ana.Lidah ana kelu tak terkata.Setelah beberapa hari di hospital,akhirnya nenek(nenek lelaki) menghabiskan sisa hidupnya di sana juga.Pada petangnya setelah melakukan solat Asar,ana pun pergi ke rumah nenek angkatku bersama atehku.

Setibanya ana sampai di rumah nenek,suasana suram melahirkan rasa sayu dalam diri.Di hujung rumah kelihatan beberapa orang kampung sedang menggergaji papan untuk dibuat keranda.Bunyi gerudi dan gergaji silih berganti.Di hadapan rumah pula dipenuhi oleh saudara-saudara lelaki,penduduk kampung dan sahabat-sahabat arwah yang datang untuk memberi sedekah dan doa.Itulah yang termampu bagi manusia yang masih diberi nikmat hidup untuk beribadah kepada-Nya.Wajah-wajah sahabat arwah pula yang berdiri dipinggir-pinggir rumah sayu dan hiba,mungkin jua memikirkan diri bila pula akan kembali kepada yang mencipta.

Ana melangkah masuk meninggalkan suasana yang suram di luar.Setapaknya ana melangkah masuk,kelihatan sebujur jasad kaku di sudut rumah.Sebujur jasad yang baru sahaja meninggalkan alam dunia dan sudah beralih ke alam yang masih menjadi penantian bagi manusia yang masih hidup di atas dunia ini.Sayup-sayup surah Yaasin dibaca menambahkan lagi kesuraman suasana bila adanya kematian.Suasana yang dapat mengejutkan sebentar manusia yang asyik dengan keindahan dunia.Air mataku mula bergenang di kelopak mata dan cuba ditahan agar tidak gugur membasahi pipi.

Perasaan sedih dan hiba menghuni jiwa.Nenek laki yang baru ana ziarahi seminggu lalu kini sudah pergi.Siapa sangka dalam ketenangan wajah dan senyum tawa dibibir seorang insan ketika itu, rupanya telah dinanti oleh Malaikat Izrail untuk melaksanakan tugasnya.Itulah namanya kematian,satu janji Allah yang pasti akan terjadi pada bila-bila masa.Tiada siapa pun yang dapat lari dari ketetapan ini.

Ana melihat nenek angkatku (nenek perempuan) bersimpuh di atas sofa ditemani beberapa orang temannya.Ana pun bersalaman dengan nenek.Disebalik wajah yang sayu menahan kesedihan dengan ujian yang menimpa,nenek masih mampu tersenyum melihat ana yang datang menziarahi.Sayu sahaja wajah nenek.semoga nenek sabar dengan ujian kehilangan orang yang disayangi.
Sedekahkanlah al-Fatihah buat si mati.Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Saat ana menziarahi rumah itu,memang mengingatkan ana soal kematian.Soal bagaimanalah pula kita nanti.Saat dijemput Ilahi,bersediakah kita menghadapi alam kubur dengan amalan kita ketika hidup ini..

Itulah lumrah kehidupan.Semua benda akan kembali pada penciptaNya.Tiada yang kekal abadi.Andai kata saat kematian itu hadir pada esok lusa,atau beberapa jam sahaja lagi,atau beberapa minit sahaja lagi menanti atau ketika saat ini.......

Jikalaulah ketika saat ini nyawa kita pula akan ditarik oleh malaikat Izrail yang sememangnya sudah tidak sabar untuk melaksanakan tugasnya,bersediakah kita?
bersediakah kita untuk merasakan kesakitan ketika nyawa ditarik keluar...
bagaimana pula dengan alam kubur?alam sudah tiada lagi cahaya,gelap gelita,sempit,ular berbisa,panas,seorang diri..............

bersediakah?
bersediakah kita untuk menghadapi alam kubur.Alam yang menyeramkan.Tiada lagi tilam yang empuk sebagai tempat pembaringan,penghawa dingin yang menyamankan,tetapi sekadar rumah kecil yang berdindingkan liang lahad,dinding tanah yang akan sentiasa menghimpit.

Jika kita orang yang beramal bolehlah kita merasakan kuburnya seperti taman yang indah dan tempat kerehatan sebelum ke alam Mahsyar.Tapi,adakah kita ini orang yang beramal?benar-benar beriman...
Adakah kita begini?
Jika bukan adakah yang ini…
(orang yang derhaka atau munafik atau kufur) nauzubillah...
pasti semua ada jawapan tersendirikan…

Cukuplah kita lihat kehidupan kita untuk hari ini,adakah kita salah seorang manusia yang beriman dan beramal yang akan  diluaskan kubur.....ATAU  hamba Allah yang akan ditemani dengan ular-ular yang berbisa sebagai teman dalam kegelapan kubur.

Kadangkala ana selalu merindukan kematian.Bilakah saat itu akan tiba.Terasa letih untuk hidup lagi dengan dosa semakin hari bertambah banyaknya.Namun,bila merasa inginkan kematian gerun pula memikirkan kehidupan di sana.Amalan di dunia sudah cukupkah  untuk dibekalkan ke sana. 


Bila memikirkan tentang diri,layakkah ana untuk menikmati keindahan syurgawi,hidup yang serba mewah lagi indah..Hidup bersama wanita-wanita yang solehah yang bersih daripada dosa.


Namun,siapalah ana.Insan biasa yang juga turut tenggelam dalam tipu daya dunia dan juga insan yang sering kalah dengan godaan nafsu yang pinta untuk dituruti.


Ana yang kotor yang berlemuran dengan dosa hanya mampu berharap.Semoga sentiasa mendapat keampunan dariNya.Semoga amalan yang sedikit ini tika di dunia ini mendapat redho dari-Nya.Berharap mendapat kejutan agar mendapat timbunan pahala di hari perhitunangan nanti...


Kita manusia biasa,hanya mampu berusaha dan meminta kepadaNya.Sesungguhnya Allah itu maha mendengar lagi mengetahui.Allah akan berlalu adil kepada setiap hambanya.
Peluang untuk hidup nikmat di sana selalu ada dibentangkan di depan mata pada setiap hambanya,cuma terpulang pada diri kita sahaja yang mana kita inginkan.Dosa atau pahala,Kebahagian atau kesengsaraan,Syurga ataupun neraka...Pilihannya hanya dua..ana ulangi D.U.A..
tapi,itulah kita manusia..walaupun dua sahaja pilihannya,tidak memeningkan kepala,namun kita selalu tersalah memilihnya.....

Fikirkanlah,untuk ana sendiri dan kalian juga.yang mana kita inginkan.Buatlah pilihan yang terbaik...

Pilihlah jalan yang lurus yang dapat menemukan kita dengan syurga.Jalan yang diredhoi oleh-Nya.

Akhir kata,
Teruskanlah menanti bila saat kita akan dikembali.Menanti dan teruslah menanti.Kerana penantian itu melahirkan cinta di hati.Lebih sentiasa mengingati,lebih bermuhasabah diri...


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:"Rebutlah peluang lima sebelum lima:Masa muda sebelum tiba masa tua,masa sihat sebelum tiba masa sakit,masa lapang sebelum tiba masa sibuk,masa kaya sebelum tiba masa miskin dan masa hidup sebelum masa MATI."


0 Buah Fikiran:

Post a Comment

http://hotlayouts2u.com/blogger-layouts/view.php?id=L782752258