Thursday, October 17, 2013

Tempahan Tudung Labuh Kain Kosyibo


Bismillahirrahmanirrahim.
Apa khabar semua?
Semoga diri kita menjadi insan yang dekat dengan Allah SWT.
Moga iman kita lebih baik dari semalam dan bertambah untuk  hari ini dan hari esok
dan selamanya.

Alhamdulillah, tempahan tudung yang amat menggalakkan.
Kepada semua pelanggan yang membeli
terima kasih diucapkan.
Ana amat mengharapkan semua pelanggan berpuas hati:)

Buat muslimah yang memakai tudung labuh,
berdoalah semoga kita istiqamah memakainya kerana Allah SWT.

Fesyen tudung sekarang yang pelbagai,
cantik dan bergaya.
Namun, harus juga berhati-hati dalam memilih yang terbaik untuk diri kita.
Yang masih mengekalkan identiti dengan memakai tudung jenis kain kosyibo,
jangan bimbang dan gusar
anda tetap cantik berpakaian sebegini.

"Bila cantik dalaman, pasti terserlah kecantikan luaran"

Sukar dapatkan tudung labuh jenis kain kosyibo???
hubungi ana untuk tempahan.

Husna Nordin - 013 4377534

Kain Kosyibo Aneka Warna.
*Jahitan tengah dijahit tangan.
*Selesa dan mudah dipakai
* Fesyen tudung yang tak lekang dek Zaman :)

Tudung siap dijahit RM 25



Jahitan tengah tudung.



Pilihan Aneka Warna.


Harga Postage :
1-2 Helai : RM 6
3 Helai : RM 9

Pembayaran boleh dibuat melalui akaun Maybank
Nurul Husna Mhd Nordin
No akaun : 158417143390


Jom pilih warna :)












Duhai muslimah,
aurat itu wajib ditutup.
Tutuplah kerana Allah SWT.

Ingat pesan Allah dalam al-Quran :

"Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu, dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat, dan taatilah kamu kepada allah dan rasulnya. Sesungguhnya allah (perintah kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan dari kamu wahai "Ahlu Bait", dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).

Duhai muslimah, 
tutuplah aurat mu sebaiknya.

INGAT pesan ana
AURAT dijaga MARUAH Terpelihara.

CEPATTT...TEMPAH SEGERA!

Wednesday, October 9, 2013

Say "AlLHAMDULILLAH"

Bismillahirrahmanirrahim.
Hati tiba-tiba untuk berbicara, setelah sekian lama.
dan mula tersenyum :)
S E N Y U M

Alhamdulillah.



Alhamdulillah,
 kalimah syukur yang perlu sentiasa terbit pada diri manusia. Lihat pada diri kita harini, banyak nikmat yang kita perolehi tetapi kita sering lupa..lupa pada yang memberi.
Nikmat...nikmat...nikmat...
cuba hitung?? x terkira kan. 
Nikmat iman..Nikmat ISLAM...nikmat yang paling besar dan bermakna.Mohon pada Allah, moga Allah kekalkan ia pada hati kita.

Nikmat hidup, nikmat kesihatan, nikmat makanan, nikmat pendidikan...Subhanallah...banyaknya.Tapii, berapa kali kalimah syukur yang kita ungkapkan..Tak memadaikan dengan betapa banyak nikmat yang Allah beri dengan ucapan pujian kita lafazkan.Itulah manusia..
Peringatan untuk diri saya.

Nikmat yang begitu banyak yang Allah berikan jarang kita syukuri tapi apa yang Allah tangguhkan keinginan yang kita hajati itu yang sering menjadi rungutan. 
Renungkan kata-kata di bawah.
Kena jadi orang bersyukur...
Bersyukur.
Bersyukur ye teman-teman.




" Seseorang yang tidak mampu membuang rasa faqirnya ketika memiliki sedikit harta,
maka ketika banyak hartapun dia tidak akan memperolehi rasa kaya.
Begitu juga orang yang tidak mengambil manfaat dengan sedikit ilmunya, 
maka semakin banyak ilmupun akan semakin tidak mengambil manfaat dengannya."

-Tanam diri dengan sifat qanaah dan bersyukur dengan yang ada. Kita perlu sedar, miskin itu penyakit, dia ada pada hati bukan pada harta.
Jika kita memiliki harta yang  banyak sekalipun, tetapi
penyakit miskin itu masih ada pada diri
tetap jua hati kita merasa tidak cukup dengan harta
dan nikmat yang Allah beri.

Jadi jadilah insan yang sentiasa bersyukur.
Alhamdulillah.

***

Friday, June 7, 2013

Belajar Edit Gambar

Allahumma solli a'la saidina Muhammad saw.
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akhbar.

Alhamdulillah, di akhir-akhir cuti semester sempat untuk mengisi masa dengan menghadiri kursus photoshop asas anjuran Nisa' Parit Buntar. Seronok dan bermanfaat Bayar RM5 ja tapi ilmu dapat, makan pun dapat. Terima kasih akak-akak penggerak Nisa'. Program yang sangat berguna. semoga terus maju.;)

Ilmu dunia yang dipelajari, yang boleh digunakan untuk tujuan akhirat. 
Ana belajar untuk tujuan dakwah.
Moga ana boleh maju dan kreatif..huhu

Balik rumah, cuba2 nak aplikasi kemahiran yang dipelajari.
Inilah hasil gambar yang jadi setelah diedit.

heheee..

x cantik dan agak pelik.
tapi ni pertama kali, perlukan usaha lagi utk hasilkan yg terbaek.




gambar ayah kat depan rumah kutip sabut kelapa.^__^


ni Insyirah...guna teknik layers..crop gambar Insyirah kat pantai letakkan pada backgroud sawah padi.


Thursday, May 2, 2013

Sayangkan Islam




Kasih PadaMu-Hafiz Hamidun



Rasulullah dalam sirahMu
 Ku temu tulusnya cinta
Demi umatMu berkorban jiwa
Sehingga hujung nyawa

Kau di utus atas nama Kebenaran
Dengan fasih lidah beri penjelasan
Sabar dalam apa jua keadaan
Tak goyah dengan ranjau tekanan

Walau diri bisa menakluki tahta
Tetap rendah hati penuh sederhana
Segalanya demi LillahiTaala
Azimat yang berharga

Rasulullah dengan hikmahMu
Terpancar syiar agama
Mengubah gelap Menjadi terang
Menghapus jahiliyah

Rasulullah Engkau tinggalkan
Semangat juang tertinggi
Membina satu aqidah
Membangun Iman dan dilapangan Mujahadah

Sahih hadith dan AlQuran
Menjadi sumber cahaya pedoman
Hanya itu yang Kau wariskan
Akan selamat di dunia akhirat

Rasulullah Terlalu Rindu
Padamu Junjungan Jiwa
Didalam sunnah yang utama
Menyambungkan kasih denganMu

Rasulullah dalam sirahMu
Ku temu tulusnya cinta
Demi umatMu berkorban jiwa
Sehingga hujung nyawa
Rasulullah dengan hikmahMu
Terpancar syiar agama
Mengubah gelap Menjadi terang
Menghapus jahiliyah
Ya Rasulullah Ya HabibAllah


5 Mei 2013

Hari yang dinanti-nantikan,penentu segala-galanya.

aku inginkan Islam tertegak di Malaysia

Semoga kemenangan untuk Islam.

Ya Allah,

selamatkan Islam di Malaysia,

satukanlah hati-hati kami,

fahamkan kami,

Jadikan Islam sebagai jalan juang kami...


Selamat mengundi,

undilah pemimpin yang memperjuangkan Islam.

andai undian kita memenangkan pemimpin yang 

perjuangkan Islam,

Insyaallah, pahala berterusan selagi mana

rakyat sedar dan kembali ke pangkal jalan.

sedarlah,

kita turut berdosa andai memilih pemimpin

yang merelakan maksiat di negara kita.


Pilihlah pemimpin 

berdasarkan iman kita

Buka mata, celikkan minda...

Tanya Iman???




http://hotlayouts2u.com/blogger-layouts/view.php?id=L782752258