Monday, December 6, 2010

Detik baru...MAAL HIJRAH 1432H


Salam Maal Hijrah...
Al-hamdulillah..Tahun baru  telah bermula.Tahun 1432H baru sahaja membuka lembaran baru.Sambutan Maal Hijrah yang mengimbau kenangan kita  akan penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w bersama-sama umat Islam dari kota Mekah ke Kota Madinah.Detik penghijrahan yang penuh pengorbanan demi  perjuangan Islam.Penghijrahan yang menyatukan kaum Muhajirin dan Ansar....

Marilah kita sama-sama menghayati peristiwa hijrah ini sebaik-baiknya.Hijrah bukannya retorik semata-mata.Tapi kita cuba realitikannya dalam kehidupan .Hijrah yang mempunyai 1001 iktibar,ayuhlah kita sama-sama ambilnya sebagai pengajaran dalam kehidupan.

Jika dahulu detik hijrah menyatukan kaum Ansar dan Muhajirin,kini dalam kehidupan era baru ini marilah kita bersama-sama bersatu sesama Islam di atas satu aqidah yang satu.Ketahuilah mereka juga disatukan atas prinsip yang sama iaitu menjadikan Allah sebagai tuhan yang satu  dan keyakinan mereka mengikut suruhan Nabi Muhammad s.a.w sebagai pesuruh Allah.Satukan hati kita di atas jalan yang benar.Keamanan dan perpaduan pasti tercapai jika hati kita sama-sama diikat dengan keyakinan dan kepercayaan yang sama.Elakkanlah daripada mengutuk dan menyakiti hati sesama saudara seislam yang akhirnya boleh membawa kepada perpecahan dan permusuhan.......

Hijrah satu pengorbanan...
Marilah kita sama-sama berkorban untuk mengubah diri menjadi lebih baik dari semalam dan terus bertambah baik pada hari berikutnya untuk mencari keredhoan Allah dalam kehidupan.Amatlah rugi jika kita diberi nikmat hidup tanpa mendapat redho dan rahmat darinya,pasti kesengsaraan menanti di kehidupan yang abadi di sana nanti.Berkorbanlah nikmat hidup yang Allah kurniakan ini untuk sama-sama menegakkan Islam,berkorbanlah jiwa untuk meninggalkan keseronokan hidup,ambillah kesusahan sepertimana Rasulullah s.a.w dan umat Islam dahulu bersusah payah berhijrah demi kebangkitan Islam.

Bersihkan hati...
Cukuplah jika menghayati sambutan Maal Hijrah ini dengan membaiki hati agar menjadi lebih sempurna dan bersih dengan bertambahnya amalan.Buangkan segala titik-titik hitam di dalamnya kerana itulah penyebab kerasnya hati untuk kita menerima ajaran Islam.Hapuskan corak-corak lakaran syaitan,tapi kita bersihkan dengan lakaran-lakaran indah ajaran Islam.Jangan sesekali kita cemarkannya dengan godaan syaitan tapi kita hiasi dengan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.Akhlak seseorang tidak sempurna selagi hatinya masih sakit,belum diubati...Mulai dari hari ini,marilah kita sama-sama saling mengingati dan berhijrah menuju kesempurnaan Iman...Ubati hati agar menjadi lebih kuat untuk menjadi hamba yang bertakwa...


Sekali lagi,ana ucapkan salam maal Hijrah 1432H kepada seluruh umat Islam.
:-: Kullu A'min Wa Antum Bikhair :-:

0 Buah Fikiran:

Post a Comment

http://hotlayouts2u.com/blogger-layouts/view.php?id=L782752258