Wednesday, January 19, 2011

Bismillahirrahmanirrahim...
Al-Hamdulillah....Sudah lama kiranya ana tidak singgah di sini.Makin usang nampaknya.Barangkali sudah dipenuhi sawang,Kesibukan menghalang untuk diri ini singgah di sini.Namun,kesibukan yang ana alami tidaklah sesibuk mereka yang lebih komited berjihad di jalan Allah yang sanggup menghabiskan masa dengan memikirkan dan berusaha untuk perjuangan Islam.Yang sanggup menghabiskan nikmat keseronokan pada usia muda dengan berhibur seperti orang lain tanpa rasa kesal sekalipun.Ana bangga dengan mereka yang mana sanggup mewakafkan diri sepenuhnya dengan mengorbankan harta,masa dan wang ringgit semata-mata untuk memperjuangkan kesucian Islam.Semoga diri ini  dapat mencontohi kebaikan mereka.aminn.

Kini lebih kurang 3 minggu ana memasuki tahap degree.
Tahap yang mana ana makin diuji.Diuji dengan kesibukan.Sibuk dengan pelbagai tugasan.Sibuk dengan amanah yang telah dipertanggungjawabkan.Kadangkala lidah ini sering juga merungut kepenatan,hati ini mula dipudarkan dengan keikhlasan bila mana  hasutan-hasutan syaitan cuba memesongkan.Sebenarnya,ini hanya setakat permulaan.Masih banyak lagi ujian yang belum ana tempuhi dan persediaan perlu dibuat dari sekarang sebelum ujian yang lebih besar datang menghentam diri.

Namun,segala hentaman-hentaman itu boleh ditepis dengan kekuatan yang perlu dibina pada dalaman mahupun luaran.Sebab itulah rohani kita perlu diberi makan setiap hari.Agar hati sentiasa sihat dan kuat.Jika hati lembik,parah dan kelam yang dipenuhi dengan titik-titik hitam dengan pelbagai maksiat yang kita lakukan sudah pasti kita gagal untuk menyerahkan hati kita ini sepenuhnya kepada Allah.

Di sebalik kesibukan pastinya terselit kepenatan.Namun,disebalik kepenatan itu adanya tersorok kepuasan dan kenikmatan bila hati diikhlaskan...Bila kita diuji dengan kesibukan,barulah kita sedar betapa pantasnya detikan jam itu berlari.Kita lelah dan semput untuk mengejarnya.kita gagal mengekorinya.Hidup kita bertambah sibuk lantaran perjalanan waktu yang semakin suntuk,kadangkala kita menjadi celaru lantaran waktu sentiasa mencumburui kita dan kadangkala terasa lelah dengan waktu yang pantas meninggalkan kita.
Mungkin jua menjadi tertekan bila mana banyak tugasan tidak sempat untuk diselesaikan dan ada amanah yang masih terlopong tertinggal tidak sempat ditunaikan..Tapi itulah nikmat hidup yang sebenarnya.Masa dipenuhi dengan kerja-kerja Islam.kerja-kerja yang akan dibayar gaji yang sangat mahal di akhirat nanti.

Membuat kerja-kerja Islam memang satu pekerjaan yang memenatkan dari segi luaran.Namun,bila kerja-kerja itu dibuat dengan penuh keikhlasan semata-mata kerana-Nya,di situlah kepenatan yang kita terima tadi berubah menjadi satu kenikmatan.Kenikmatan yang sukar dicari,kenikmatan yang jarang orang ingin miliki,kenikmatan yang hanya boleh dirasai kepada mereka bersusah payah menjalaninya.

Sebenarnya apabila kita diuji dengan kesibukan,nikmat inilah yang dapat menyelamatkan kita daripada bahang api neraka.Mengapa?..Kerana bagi ana waktu lapang itulah masa di mana waktu kita memberi ruang kepada syaitan-syaitan untuk melaksanakan tugasnya dengan jayanya.Jika kita diberi nikmat lapang pasti waktu lapang itu banyak terselitnya kemaksiatan berbanding amalan.


"Ada dua kenikmatan yang membuat kebanyakan manusia tertipu iaitu nikmat sehat dan waktu lapang."
(HR Bukhari)

Jadi di sini ana nasihatkan untuk diri sendiri dan sahabat sekalian,jagalah diri kita sendiri.Banyakkan amalan,tingkatkan iman,harapkan keredhaan-Nya.Bersyukurlah bila mana kita diuji dengan kesibukan.Jadikan kesibukan sebagai satu nikmat yang sangat manis nilainya.

Maut menanti di hadapan kita,jadi setiap detikan yang ada,gunakanlah dengan sebaikknya.Manfaatkanlah nikmat sihat dan waktu lapang itu dengan sewajarnya selaku khalifah di muka bumi ini. 



"Belum lagi kedua kaki seorang hamba bergerak pada hari kiamat, ditanyalah tentang usianya, dihabiskan untuk apa; tentang ilmunya, digunakan untuk mengerjakan apa; tentang hartanya, diperoleh dari mana dan dibelanjakan untuk apa; tentang badannya, digerakkan untuk apa." (HR Tirmidzi).



Perjuangan selalu sahaja dasalah ertikan.Dalam melewati zaman berpintukan kemewahan dan kecanggihan semangat perjuangan semakin pudar  terutama di kalangan anak-anak muda.Kita sebagai khalifah yang dijadikan oleh Allah adalah dijadikan untuk menyambung perjuangan Rasulullah.Semuanya mesti berjuang.Berjuang untuk melaksanakan perintah Allah,berjuang untuk mencari keredhaan Allah,berjuang untuk mentaati ibu bapa,berjuang untuk membangunkan sahsiah anak muda dan sebagainya.Selain berjuang untuk agama,melawan hawa nafsu juga merupakan satu perjuangan yang utama untuk mendidik diri kita sendiri.



Kata Imam Ghazali bahawa,
"Yang paling jauh dengan diri kita adalah 'masa lalu'.Bagaimanapun kita,apa pun kenderaan kita,tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu.Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajran agama."



Akhir sekali,ingatlah pesanan Luqman Al-Hakim yang berbunyi,


"Wahai anakku,ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam,banyak manusia yang karam ke dalamnya.Bila engkau ingin selamat,agar jangan karam,layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama takwa, isinya ialah iman dan layarnya adalah tawakal kepada Allah...




Sunday, January 2, 2011

Manisnya Ukhwah...

KenAnGan 
KEm ANaK soLeH
BaTu AMPaR ReSORt




Manisnya ukhwah itu…Ukhwah yang terbina atas kasih sayang kerana agamaNya.Walaupun sekejap iaitu hanya 7 hari 6 malam namun saat perpisahan terjadi sungguh pahit terasa.kepahitan yang terpaksa ditelan.Kerinduan pada mereka yang terpaksa ditanggung.Pertemuan yang telah ditentukan oleh Allah ini telah melakarkan satu memori yang indah yang pasti sukar dilupakan.Adik-adik yang masih baru mengenal kehidupan,namun terdapat di kalangan mereka yang telah diuji pelbagai ujian yang belum tentu diri ini juga dapat setabah mereka.

Terima kasih ya Allah kerana memilih diri ini untuk bertemu dengan mereka.Pelbagai masalah suka duka kehidupan mereka dikongsi bersama.Secara tidak langsung,pelbagai benda yang ana belajar dari mereka.Masalah dengan keluarga seperti kurangnya kasih sayang daripada ibu bapa kebanyakannya menjadi punca mengapa keruntuhan akhlak anak-anak remaja sekarang terjadi.Pelbagai masalah yang diceritakan,masalah dalam keluarga,masalah disiplin di sekolah,masalah dengan rakan-rakan banyak diceritakan menjadi rahsia antara kami dalam satu kumpulan.

Melihat riak wajah suci mereka ana sangat kasihan pada mereka.Entah berapa kali takungan air mata telah tumpah membasahi pipi ketika bersama mereka.Saat mereka meluahkan segala isi hati mereka,perasaan ingin berubah di kalangan mereka tetap ada.Ada juga di kalangan mereka yang melanggar syariat yang ditentukan oleh Allah seperti membuka aurat dan sebagainya sebenarnya mereka ini tidak tahu dengan hukum hakam tersebut.

Mereka semua sangat baik.Kami seperti dalam satu keluarga yang terdiri daripada berlainan usia.Entah mengapa sehingga saat ini ana masih merindui mereka,rindu untuk memberi bimbingan dan nasihat,rindu untuk membelai, dan rindu untuk memeluk dan cium atas rasa kasih sayang terhadap mereka.Walaupun ana masih kekurangan ilmu,ana bersyukur kerana Allah masih mahu memilih ana untuk menjadi pembimbing dan memberi tunjuk ajar kepada mereka walaupun seketika.Namun,dalam waktu yang singkat itulah pelbagai suka dan duka sempat dilakar bersama yang menjalinkan ukhwah antara kami semua.Rindu pada mereka masih bermain di jiwa…

Memang semua yang hadir ke Kem Anak Soleh itu adalah di kalangan mereka yang telah dipilih oleh Allah yang mempunyai potensi yang besar untuk berubah.Sejuknya hati ini bila ada di kalangan mereka yang telah berjaya mengubah diri sedikit demi sedikit.Alhamdulullah,kalau dahulu solat tidak cukup 5 waktu,kini sudah berjaya menjaganya.Kalau dahulu tudung tiada di kepala,gembiranya hati bila ada yang sedang berusaha untuk menutupnya walaupun itu sukar buat mereka yang sudah terbiasa.

Walaupun ana hanya seminggu bersama mereka,namun perasaan rindu pada mereka masih tidak dapat lari di sudut hati ini.Ana sangat berharap agar suatu hari nanti kami dapat bertemu kembali.Ana juga doakan mereka semua mendapat petunjuk dan rahmat dari Allah agar mereka semua dapat menjadi insan benar-benar beriman kepada Allah dan mendapat kefahaman yang sempurna tentang Islam...

Ya Allah,ana benar-benar rindukan adik-adik Kem Anak Soleh di sana.Semoga ukhwah yang terbina berkekalan selamanya bersama-sama limpahan rahmat dari-Nya.
http://hotlayouts2u.com/blogger-layouts/view.php?id=L782752258