Monday, May 30, 2011

Tanda-Tanda Iman kita LeMah.

Assalamualaikum.
Apa Khabar iman anda sekarang?
Al-Hamdulillah, dalam musim cuti ini pelbagai nikmat yang ana perolehi
tapi sejauh mana ana mesyukuri nikmat itu...

Bagaimana dengan mutabaah anda?
hemm, kerisauan buat ana sendiri.Cuti sem yang sudah bermula tiga hari
namun nampaknya berada pada tahap yang membimbangkan.

Sahabat sekalian, hati-hati di musim cuti ni, pelbagai nikmat yang kita perolehi membuatkan ramai antara kita yang alpa dan leka.jangan biarkan ibadah kita turut bercuti.Ana nak kogsikan sedikit ilmu berkaitan tanda-tanda iman kita berada pada tahap yang lemah.Jika ada ciri-ciri ni, cepat-cepatlah sedarkan diri dan gerak-gerakkanlah sendi yang Allah beri ke arah kebaikan.

Tanda-tanda iman lemah
1.Salah satu tanda iman sedang menurun ialah terus menerus melakukan dosa dan tidak rasa bersalah.
Sahabat sekalian, bila terlanjur berbuat dosa cepat-cepatlah beristighfar memohon keampunan Allah.Bila musim cuti, semua pulang ke kampung dan sering terleka dengan nikmat yang Allah beri pada kita.Malah kita selalu menzalimi diri sendiri, kita lupa diri dan kita tak sedar betapa banyak dosa yang kita buat.Sebelum tidur cuba kita muhasabah diri, cuba bilang dosa yang kita buat untuk sehari...
Astaghfirrullahalazim...3x
Banyakkan istighfar..Sesungguhnya Allah Maha Pengampun.
Jangan biarkan Syaitan mengalahkan kita.Lawan nafsu, kuatkan hati, banyakkan zikir.


2.Lambat melakukan kebaikan.
Solat anda bagaimana? ini kebanyakan manusia sering melakukan dan menjadi kebiasaan, solat diakhir waktu.
Jika ini ada pada diri, cepat-cepatlah berubah.Sebabnya syaitan mudah nak hampiri kita untuk melakukan dosa-dosa lain.Solat itu tiang agama.Jika kita ingin tahu sekukuh mana keimanan kita, ceklah solat kita.Kukuh atau goyah? khusyuknya bagaimana pula?

3.Hati yang gelisah seperti bosan dalam kebaikan.
Sesuatu amalan walaupun sedikit dan disertakan dengan ketulusan hati yang ikhlas, maka amalan itu diterima Allah.Apa yang penting istiqamah itu sangat penting dalam berbuat sesuatu amalan.Mungkin menjadi ujian kepada kita, apabila kita memperolehi nikmat yang banyak, membuatkan kita lemah untuk melawan nafsu.Nilmat harta yang banyak, kita sukar untuk bersedekah, masa lapang yang panjang, kita lupa nak beribadah kepada Allah.

Kita selalu melihat kelemahan orang lain dan rasa diri sendiri yang sempurna.Ini juga tanda iman kita lemah.Kita insan biasa, tidak layak untuk menilai seseorang itu.Berlumbalah dalam melakukan kebaikan.Jangan biarkan rohani kita mati kelaparan.Kenyangkanlah dengan amalan.


Jika Iman lemah cepat-cepat lah diperbaiki.Antaranya ialah banyakkan baca Al-Quran.
Bukan sekadar membaca, cuba untuk fahamkan isinya.


1.Bacalah Al-Quran dan tadabbur isinya.
Bacalah dengan penuh khusyuk dan yakinlah Allah sedang berbicara
dengan kita.

" ...sesungguhnya dalam Al-Quran itu terdapat rahmat yang besar
dan pelajaran bagi orang yang beriman"
(Surah Al-'Ankabut : 51)


2. Selalu menambah perbuatan baik lainnya. 
Allah akan memudahkan jalan bagi seseorang yang bersedekah
dan memudahkan jalan bagi orang yang berbuat kebaikan. 
Amal kebaikan harus dilakukan secara berterusan.Buatlah kebaikan dengan hati yang benar-benar ikhlas.
Jika ikhlas ada pasti tiada lahir perasaan BOSAN dengan amalan yang kita lakukan
malah ketagih untuk melakukannya lagi..


3.Berasa takut kepada akhir hayat yang buruk. 
Mengingat kematian akan mengingatkan kita daripada 
terlena terhadap kesenangan dunia.Orang yang selalu ingat pada kematian adalah orang yang bijak.
sebelum melakukan sesuatu perkara, fikirkan adakah Allah REDHA dengan
perbuatan kita itu.

Friday, May 27, 2011

Memohon ketenangan HaTi

Bismillahirrahmanirrahim.

" Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku pada agamaMu"



Ya Allah,tenangkanlah hatiku ketika marah,
Aku memohon berilah  ketenangan pada hatiku ketenangan yang tidak putus-putus,
Ya Allah hiasilah diri ini dengan hiasan iman,
perbaikilah hati ini dengan nilai ketakwaan,
pandulah lah aku ketika memilih jalan dengan suluhan Nur Keislaman.


"Ya Allah, baikkanlah keberkesanan perbuatanku dalam
segala urusan
dan selamatkanlah aku dari kehinaan dunia dan azab akhirat."


"Ya Allah tunjukkanlah kepadaku perkara yang
benar dan pandulah diriku supaya mengikutinya
dan tunjukkanlah diriku perkara yang batil supaya diri
ini meninggalkannya."



Tuesday, May 17, 2011

Fahamkan daku

Bismillahirrahmanirrahim...
Al-Hamdulillah, ketika nikmat iman dan Islam masih diberikan yang mana kenikmatannnya sukar digambarkan..
Ku berharap juga nikmat kefahaman juga datang untuk diriku dan semua umat Islam.

Nikmat kefahaman merupakan satu nikmat yang Allah berikan kepada yang benar-benar terpilih sahaja.Beruntunglah kepada mereka yang terpilih.Orang yang belajar agama tidak semestinya memperolehi kemikmatan ini.Nikmat ini Allah akan berikan kepada mereka yang benar-benar inginkan sahaja.

Jika kita lihat fenomena hari ini, golongan-golongan yang mempelajari agama masih banyak yang masih kurang faham dengan agama.Soal aurat dan ikhtilat terutamanya masih tak terjaga.Mereka bercouple dan berpakaian tidak mengikut syariat.Berbeza pula dengan golongan yang tidak mengambil pengajian agama, kecintaan mereka kepada Islam Allah lebihkan mereka dengan satu nikmat yang paling besar iaitu nikmat kefahaman.Mereka ini lebih mengamalkan Islam dan membawa Islam dalam kehidupan mereka.

Rasulullah SAW bersabda :
" Sesiapa yang dikehendaki baik oleh Allah, nescaya diberi kefahaman agama yang mendalam oleh-Nya."

Bila Allah inginkan hambanya beriman, Allah akan berikan nikmat ini kepada mereka.Orang yang tinggi ilmunya sekalipun tidak semestinya Allah curahkan nikmat ini kepada mereka.Berdoalah kepada Allah, agar kita sentiasa diberikan kefakihan dalam agamaNya dan ilmu yang bermanfaat untuk diamalkan.

Dapatkah kita gambarkan nasib Islam suatu hari nanti.Jika golongan yang mempelajari agama itu sendiri tidak mengamalkan apa yang dia pelajari bagaimana pula mereka di luar sana ingin contohi.Maka inginkah kita jadi pohon-pohon yang banyak tapi semuanya tak berbuah...Amat rugi sekali.Jadi setiap ilmu yang kita perolehi, amalkanlah itulah yang paling penting sekali.

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat (berdakwah) yang menyeru kepada kebajikan (mengembangkan Islam)..
(Surah Ali 'Imran : 104)

Bersyukurlah bila memperolehi nikmat kefahaman..dan
Jika kita faham, menjadi tanggungjawab kita pula untuk berusaha menambahkan kefahaman kepada mereka yang kurang faham.Kita berusaha, dan kita hanya mampu berharap agar Allah curahkan juga nikmat kefahaman itu kepada mereka.

Bukan mudah untuk mengajak kepada kebaikan terutama madu' itu rakan kita tambah-tambah lagi mereka yang mempunyai tahap ilmu yang lebih tinggi.Itulah pula yang menjadi ujian kepada mereka yang membawa agama.

Bila kita gagal dalam berdakwah, refleksi diri semula.Barulah kita sedar di mana tahap iman kita, sejauh mana amalan kita, bagaimana hubungan kita dengan Allah...

"Serulah 'manusia' kepada jalan Tuhanmu ( Wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik."

Jadi,jika kita ingin menjadi pendakwah yang berjaya, berdakwahlah secara hikmah...
Hikmah tidak semestinya dengan kelembutan, mungkin juga dengan kekerasan...

Muslim meriwayatkan daripada Jarir bin Abdullah r.a, daripada Rasulullah SAW bahawa baginda bersabda yang bermaksud:

"Dalam Islam itu, sesiapa yang memberikan teladan sesuatu kebaikan, maka dia akan memperoleh pahala sama seperti orang yang diperoleh oleh mereka yang mengikutinya tanpa dikurangkan pahala mereka walau sedikit pun.Dalam Islam, sesiapa yang memberikan teladan sesuatu keburukan, maka dia akan memperolehi dosa sama seperti orang yang diperoleh oleh mereka yang mengikutinya tanpa dikurangkan dosa mereka walau sedikit pun."

Cuma di sini ku ingin berpesan kepada rakan-rakan yang ku sayangi, bila sudah terlanjur dengan kesilapan segeralah memohon keampunan.Jangan biarkan titik hitam di dalam hati berkumpul sehinggakan ia kelam di dalam hati.Lunturkan ia dengan istighfar dan amalan-amalan yang boleh mendekatkan diri kita dengan Tuhan.

Sedih rasanya bila maksiat yang dilakukan dikongsi bersama rakan dan menjadi pengalaman yang membanggakan.Alangkah bagus jika tersalah langkah dalam kita memilih jalan diamkan sahaja dan hanya mengadu memohon keampunan kepada Tuhan.

Ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah amat keras seksaanNya dan bahawa sesunggunya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Surah Al-Maidah : 98



Ya Allah, berilah kami nikmat iman
agar kami dapat lebih mengenalmu
agar kami cinta
cinta hanya untukMu, untuk RasulMu, cinta pada kitabMu

Ya Allah, berikanlah kami nikmat kefahaman yang sebenar-benarnya faham agar kami tidak tersasar di atas landasan syariatMu
faham apa yang Engkau turunkan untuk umatMu.

Friday, May 13, 2011

Sebutir pasir di Lautan

Aku tertekan bila dipaksa
bukan dipaksa, tapi aku mesti memaksa diri,
mengapa aku gagal?
sebab tiadanya usaha..
 
aku dipaksa..
ya..aku mesti contohi mereka
tapi,
bila makin berusaha
makin terasa kerdil diri ini
hina di sisi mereka
lemah...tertekan..

sebenarnya
aku bukan dipaksa
tapi itu yang terbaik sebenarnya

aku mencuba
dan terus mencuba
aku ...sedang mencuba
dan terus mencuba
kerana ini cubaan buat diriku
cubaan yang paling sukar bagiku
mungkin mudah bagi mereka
tapi sukar bagiku
kerna aku bukan seperti mereka
aku insan biasa
masih jumud ilmu di dada
itu faktor utama

sebenarnya...
aku tertekan
tertekan dengan tekanan demi tekanan
mengubah diri menjadi seperti itu
buat aku makin lemah dalam perjuangan
lemah untuk teruskan...

Bila tertekan kembalilah pada Al-Quran
pengubat hati,penenang jiwa


aku x mampu...
jangan sesekali kata begitu
tapi setkan minda
'aku boleh lakukan semua itu'

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupan.
(Al-Baqarah : 286)

tapi sebab apa
Allah nak uji tahap iman kita

"Apakah kamu mengira bahwa kamu akan dibiarkan (begitu sahaja),
padahal Allah belum mengetahui orang-orang yang 
berjihad di antara kamu"
(At-Taubah : 16)

buat diriku,
sabarlah dengan kelemahan diri
perbaikilah demi perjuangan Islam
yakinlah pada diri

"Sesungguhynya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalannya
dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan suatu bangunan
yang tersusun kukuh"
(As-Saff : 4)

Jika aku tak mampu untuk jadi tiang pada bangunan
izinkan diriku menjadi lantai dalam perjuangan
Jangan sisihkanku
tapi terimalah aku
aku juga ingin berada pada jalan itu
terimalah aku
jika itu yang aku mampu.



"Ya Allah, jadikanlah aku setiap hari dalam setiap segi...
menjadi lebih baik, dan lebih baik dan lebih baikk.."


          HATIku milikMU ya ROBBI..
           SenyuMan QaLBi. ^-^

http://hotlayouts2u.com/blogger-layouts/view.php?id=L782752258