Tuesday, November 27, 2012

Nabi Sulaiman dengan Sang Semut

Assalamualikum.
Al-Hamdulillah, masih dipanjangkan usia. Semoga kita semua tidak lalai dengan nikmat yang Allah kurniakan pada kita.Semoga amalan kita hari ini, diredhoi dan dapat mendekatkan kita lagi dengan pencipta.

Hari ini saya nak share satu cerita. Kisah Nabi Sulaiman a.s dengan seekor semut. Pagi tadi belek2 buku tulisan Ustaz Pahrol Mohd Juoi, tajuk buku tu Beduk diketuk.Sangat seronok. Setiap ayat, setiap isi yang disampaikan memang mampu mengetok hati saya ni. Nak share semua semula x larat lah nak tulis kat sini, jadi saya ambik lah sikit yang mana kisah nabi Sulaiman dengan seekor semut yang mengajar kita supaya belajar bertawakal dan berikhtiar dengan keupayaan sendiri.

Kisahnya begini...






Ibrahnya kat sini, kita kena bersedia menghadapi kemungkinan.
Dengan kewaspadaan semut tadi, jika berlaku
sesuatu di luar jangkaan, dia
mampu bertahan.

Hemm, kalau nak tahu banyak cerita lagi,
cerita yang menjentik perasaan
belilah satu buku nie
"Beduk Diketuk"
-Kisah-Kisah yang diberi nafas Islam
yang mencuit perasaan, mengocak
fikiran dan menyalakan api perubahan.-


BEST!

Surah al-Ikhlas

Terjemahan Bahasa Melayu Al-Quran Al-Karim
Al-Hidayah House Of Quran Sdn Bhd,

Surah Al-Ikhlas : 1 - 4

Dengan nama Allah yang 
Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang








 .
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya:
 “Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur’an 
dalam jangka masa dua-tiga minit?”

Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.
Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali khatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.
Sabda Rasullullah SAW: 
 “Sesiapa membaca ‘Qul huwAllahu Ahad’ sebanyak 3 kali,
 dikurniakannya pahala seperti pahala orang yang 
membaca Al-Quran sekali khatam.”

sumber :
http://shafiqolbu.wordpress.com/2011/12/22/fadhilat-dan-khasiat-surah-al-ikhlas/

Sunday, November 25, 2012

Siapa dulu???


Masa...Oh masa..


cuti dah banyak berlalu...
tiba masanya
kita cek mutabaah kita.
berjalan tak agaknya???


kalau belum,
ada lagi masa kita nak buat.
kalau sikit, boleh banyakkan.
jom..jom..jom.

kita tingkatkan amalan kita!


 Jom masuk lumba lari
siapa dulu?
kita atau masa???
cepat kejarrr :)



" Daripada Ib Abas RA berkata : telah bersabda baginda SAW , terdapat dua
nikmat yang manusia sering lupakan iaitu nikmat sihat
dan masa lapang."
Hadis Riwayat oleh Bukhari.

Wednesday, November 21, 2012

Travelog Bersamamu Kemboja. Cerita 2


Cerita 2 : Sujud Pertama

Sujud pertamaku di bumu Kemboja.
Islam itu Indah.Di mana-mana saja Indah .

Aku bersiap untuk ke Masjid. Pintu bilik dibuka, suasana subuh yang masih gelap, kedinginan suhu pagi masih terasa. Aku dan rakan yang lain keluar bergerak ke Masjid Nurudin, masjid yang terletak di dalam kawasan madrasah tempat kami bermalam.Kami berjalan beramai-ramai menuju ke masjid. Kaki melangkah dengan penuh berhati-hati. Kepala tunduk untuk melihat jalan. Subuh yang masih gelap, hanya mengharapkan suluhan cahaya anak bulan yang menerangi.

Melihat masjid yang agak suram. Dari luar kelihatan gelap di dalam. Dalam hati memikirkan tiada Jemaah yang hadir, namun hati begitu teruja sekali apabila masuknya kami ke dalam, tiga saff di hadapan telah dipenuhi.

Terpegun ketika berada di dalam masjid. Keluasan dalam masjid agak besar, namun masjid hanya mengharapkan kepada suluhan cahaya satu lampu kalimantang sahaja. Rasa sayu seketika. Walaupun dalam keadaan cahaya lampu yang  malap, tapi bangga dengan Jemaah yang hadir. Hati mereka cerah disuluh dengan cahaya keimanan. Gelap tidak menghalang mereka untuk datang solat berjemaah.

Seorang demi seorang orang kampung Rokapopram masuk ke dalam masjid. Orang tua, remaja dan kanak-kanak kecil terdidik dihati mereka untuk solat berjemaah di masjid. Mereka mula memenuhi ruangan di hadapan. Agak ramai Jemaah Subuh di sini, penuh tiga saff di hadapan.

Sebelum iqamah, ramai Jemaah yang bangun untuk solat sunat rawatib terlebih dahulu sebelum solat Subuh. Jemaah lelaki agak ramai berbanding muslimat yang jauh di belakang. Dalam samar-samar suasana masjid yang gelap, aku duduk melihat suasana masjid. Rasa tenang…

Bila ada iman di hati, walaupun dalam kesusahan bagaimana pun peluang untuk mendapatkan pahala berjemaah tetap dikejar. Dalam samar Subuh yang dingin, orang kampung di sini sanggup bermotor dan ramai juga yang berbasikal melajukan kayuhan untuk sampai ke Masjid bagi menunaikan Solat Subuh berjemaah. Aku teringat negara ku Malaysia. Menjadi tanda tanya, adakah Jemaah Subuh di masjid-masjid di Malaysia seramai yang aku yang lihat sekarang ?

Walaupun Jemaah tidaklah sehingga memenuhi masjid, tapi jumlah yang hadir Subuh itu boleh dibanggakan. Mereka hadir dengan tujuan untuk solat berjemaah dalam Masjid yang hanya diterangi dengan suluhan satu lampu kalimantang. Subhanaallah, hebatnya iman mereka.

Dapat menilai di sini, kesenangan yang ada bukanlah menjamin untuk kita bertambah dekat dengan Tuhan, malah menjadi satu dugaan. Aku memikirkan kesenangan umat Islam di Malaysia, berapa ramai umat Islam di negara ku sendiri tatkala azan di masjid-masjid berkemumandang tetapi masih lena di atas empukan tilam yang selesa. Masjid yang banyak dan cantik, dihiasi dengan cahaya lampu yang bersinar dan indah namun begitu sukar untuk mengumpulkan Jemaah memenuhi saff terutamanya bagi solat Subuh.

Lebih kurang dalam 10 minit sementara mengumpul Jemaah lain hadir, Imam bangkit menuju ke sejadah untuk memulakan solat. Suara imam Subuh itu merdu sekali. Aku terasa bagaikan berada di Mekah. Imam membaca surah al-Fatihah dan surah ar-Rahman dengan lenggok seperti imam Masjid di Mekah.
Alhamdulillah, nikmat betul dapat solat Subuh di Kemboja. Aku berdoa semoga mereka terus istiqamah untuk terus hadir solat berjemaah. Terima kasih Ya Allah kerana memberi peluang ini.



Gambar Masjid Nuruddin di Kg Rokapopram


Jemaah penuh sehingga ke luar, semasa solat sunat Hari Raya Aidiladha


 Subuh terakhir di Kemboja sebelum bersiap untuk pulang ke Malaysia.
Solat Subuh diimamkan oleh Ustaz Zakaria, 
pengarah program "Program Korban Bersamamu Kemboja"


Tuesday, November 20, 2012

Nafsu takkan Ikut Kita!



Manusia adalah sebaik-baik kejadian
bermula daripda setitis air mani, semakin hari semakin membesar.
dengan kehebatan ciptaan Tuhan
air mani bertukar menjadi seketul darah, seterusnya seketul daging
lalu daging-daging itu membaluti tulang.
Lalu fasa ciptaan manusia disempurnakan
roh ditiupkan...

Alhamdulillah...tanpa sedar kita semua telah melalui proses ini semasa kita berada dalam kandungan ibu lagi. Tanpa sedar semakin hari kita semakin membesar.
Membesar dengan pelbagai ragam.

Manusia adalah sebaik-baik kejadian. Bersyukur kita apabila Allah memilih kita untuk terus hidup di muka bumi ini. Sejak dilahirkan, jantung kita masih berdegup, berdegup tanpa henti, dengan rentak dan irama yang sama...Ya Allah, nikmat Mu tak terkira.Mata masih boleh memandang keindahan dunia, hidung masih boleh menghirup udara, tangan bertambah ligat membuat kerja, kaki semakin pantas berlari di atas dunia :)

dan hebatnya kurniaan akal buat manusia.
kita yang bergelar manusia, boleh berfikir dengan akal.

akal membezakan kita dengan haiwan
haiwan tak tahu membaca, haiwan tak pandai mengira

tapi kita amat berbeza...
kita ada akal, kita guna akal untuk menimba ilmu
kita guna akal untuk memilih ilmu
kita guna akal untuk beramal dengan ilmu..

Manusia ada nafsu, 
hemm, haiwan pun dikurniaankan nafsu
tapi manusia special sikit
sebab manusia ada akal, haiwan x ada,
dengan akal manusia boleh pimpin nafsu
boleh kawal nafsu
boleh didik nafsu.

Nak tahu,
nafsu kita ada tiga
Muthmainnah, lawwamah dan ammarah.
3 jenia nafsu inilah yang membawa kita ke Syurga atau neraka.

Pertama,
Muthmainnah..
Nafsu ni mendorong kita buat baik,
dorong kita buat banyak amalan,
jadi tentulah ia membawa kita ke syurga.


Kedua,
Lawwamah.
Nafsu ni tengah-tengah.
Dia dorong kita buat baik 
tapi kan
nafsu ni akan mencela diri sendiri bilamana
seseorang itu tadi tidak dapat melakukan kebaikan.


dan ketiga,
nafsu Ammarah
hati-hati...
nafsu ini mendorong kita ke arah kejahatan
bila buat jahat, sudah tentu neraka tempatnya.
huhu, nak ke?
kita ada akal kan ;)

Nafsu jahat akan selalu paksa kita buat,
kena ikut cakap dia,
dia paksa dan paksa sampai dapat,
walaupun tak dengar pun suara dia
tapi dia selalu menang kalahkan kita.
dia main2 kat hati kita.

1000x kita ikut dia, 
nafsu ni takkan sesekali pun ikut  kita.
jadi buat apa kita ikut dia,
sebab tu kita kena guna akal,
kita kawal dia.

Kita perlu kita sedar,
kita manusia, kena lawan dia
Allah kurniakan kita akal
kita guna sebaiknya.
didik nafsu dalam diri
kalahkan mereka...


lawan tetap lawan
guna akal sebaiknya :)


Monday, November 19, 2012

Mencari Hikmah



Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. [Al-Baqarah: 286]

Setiap perkara ada hikmah disebaliknya. 
Kadang-kadang hikmah itu jelas Allah tunjukkan di depan mata kita
tapi kadangkala kita perlu berfikir
apa sebenarnya yang Allah nak tunjuk pada kita.
Fikiran itu mendekatkan diri kita dengan Allah.
Kita ingat Allah, kita kenal Allah.


Allah Ya Rahman, Allah Ya Rahim...

Bila ujian datang tanpa diduga
lantas lidah menyebut kalimah Allah
hati kembali pada fitrah
kita mencari Allah.


Allah..Allah..Allah

Bersyukurlah kita bila mendapat ujian daripada Allah
sebab ujian datang sebab Allah nak uji keimanan kita
tapi kenapa ya kita perlu diuji???
sebab kita ni cepat lupa diri.

Contohnya...
Bila Allah banyak limpahkan rezki pada kita,
rumah besar, kereta mahal dan sbg nya
Syaitan bisikkan pada hati
"hem, aku lah orang kaya kat kawasan ni"
bangga dengan harta, dalam hati merasakan inilah titik peluhnya selama ini
ya, memang usaha kita
tapi yang utama kita lupa
Allah lah yang menurunkan rezki.


Ya Razak, Ya Razak, Ya Razak

Kembalilah pada Allah
Setiap perkara perlu ingat Allah
Rasakan dalam hati

Allah lihat sekarang ni...
Malaikat catit setiap amalan kita..

Bila kita sentiasa ingat Allah,
hati kita redha dengan ketentuan-Nya,
Kita tak salahkan siapa-siapa
tapi hati mesti berkata
"hemm, ini ujian Allah buat kita"

lantas fikiran mencari jawapan
jawapan kepada HIKMAH dalam setiap kejadian.



Ujian yang berat terasa ringan, yang susah menjadi mudah.
Pada Allah tempat mengadu
sebab Allah sebaik penolong.

Allah lah pengatur hidup kita di atas dunia ni
Allah tahu mana yang terbaik untuk diri kita


ونبلوكم بالشر والخير فتنة وإلينا ترجعون

Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. [Al-Anbiyaa’: 35]
****
*semoga hati ini tetap redho :) 



Monday, November 5, 2012

Travelog Bersamamu Kemboja



Berkongsi pengalaman dan cerita
Pengembaraan ke bumi Kemboja.
Islam itu Indah di mana-mana..:)

Cerita 1 : Harga Setitis Air

Dinihari yang dingin. Kesejukan yang mencengkam mengejutkan aku daripada lena  kepenatan. Mataku lantas melirik jam di tangan, baru menunjukkan jam 5.15 pagi, ini bermakna waktu di Kemboja sekarang jam 4.15 pagi.

“owh, awal lagi getus hatiku”. Aku berazam nak dapatkan Subuh berjemaah hari ini di Kemboja. Aku lantas bangun, bersemangat lagaknya. Aku mengejutkan rakan-rakan yang lain dengan harapan ada lah peneman untukku ke tandas untuk menyucikan diri dan berwuduk sebelum solat.

Hemm, hampa. Mungkin aku kejutkan terlalu awal. Mereka masing-masing tidur semula. Penat agaknya, mana tidaknya setelah seharian semalam kami bersiar di Bandar Pnom Penh melawat Genocide Museum Tuol Sleng dan Choeung Ek Genocidal Center kami terpaksa bermusafir lagi selama enam jam di atas bas untuk sampai ke Kg Rokapopram. Kampung yang terletak jauh di pedalaman, yang mana mereka hidup dalam serba kekurangan.

Walaupun perjalanan yang agak jauh, dipertengahannya lagi kami terpaksa mengharungi jalan raya yang tidak berturap namun hatiku puas bila dihidang dengan pemandangan  kawasan pertanian yang cantik, menghijau sepanjang perjalanan. Sejuk mata memandang, sangat menenangkan.

Aku berteleku sebentar, mengomel sendirian.
“Nak ke tandas seorang diri takut, tandas agak  jauh dan gelap.”Runsing seketika.
Bila memikirkan keselamatan, aku membuat keputusan untuk tidur semula. Tunggu sahaja sehingga ada yang terjaga.

Aku membetulkan kain batik yang dijadikan selimut di hujung kakiku. Sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kedinginan suhu dinihari. Belum sempat aku merebahkan tubuhku semula di atas hamparan tikar, aku melihat Ustazah Saidah bangun dan mengenakan tudung pada kepalanya.

“Alhamdulillah, hatiku berbunga, penuh berharap.”Bisik hatiku.
“Ustazah nak ke tandas ke?”, soalku sebaik melihat ustaz bangun menuju ke pintu.
“Ya, jomlah sekali, Subuh di sini awal.”Jawab ustazah ringkas.
“Ya, sebentar ustazah.” Jawap aku.

Aku dengan pantas mencapai kain tuala dan berus gigi keluar bilik untuk ke tandas.
Keadaan yang masih gelap di luar. Aku melihat beberapa pemuda kampung telah siap sedia di halaman masjid sementara masuknya waktu Subuh. Bagusnya mereka.

Aku berjalan beriringan dengan ustazah menuju ke bilik air.Sampainya di tempat permandian, kepalaku mendongak ke dalam tong tadahan air untuk melihat kuantiti air subuh tu. Saki baki air dalam tong tadahan hanya tinggal sejengkal.Kepala paip ku pusing, tiada setitis air yang keluar.

“Ustazah, air tak ada di sini.Mungkin orang kampung belum buka generator subuh-subuh begini”.Maklumku pada ustazah yang masih terpaku di muka pintu bilik air.
“Kalau begitu kita ambil wudhuk di pam air di luar lah”.Beritahu ustazah.
“Pam air?”,Aku terkejut.

Sebelum ini di Malaysia, aku hanya mendengar nama tapi masih belum dapat melihat rupa sebenar pam air yang disebut-sebut yang menjadi harapan setiap rumah di sini untuk memiliki.

Aku mengikuti ustazah ke pam air.

“Owh, begini rupanya pam air di Kemboja, lebih kurang bentuknya dengan pam air yang pernah keluarga ku guna pada tahun 1997 dahulu.”Getus hatiku.

“Husna, kamu ambil wuduk dahulu, ustazah tolong pam. Nanti kita bergilir.” kata ustazah kepadaku.

“Owh, baik.”Jawapku. Aku tersedar dari kayalan dan terus berwuduk. Aku manfaakan setiap titisan air  keluar sebaiknya. Dingin dan menyegarkan.

Aku sudah mula merasakan kesusahan kehidupan orang kampung di sini. Jika di Malaysia bilik airnya lengkap dengan pili air yang canggih, namun, bagi orang di Kampung Rokapopram, pam air inilah menjadi sumber air utama mereka meneruskan kehidupan seharian.

Alhamdulillah, aku bersyukur dengan nikmat kemudahan di Malaysia untuk dapatkan air. Mudah untuk berwuduk, bersuci dan sebagainya. Adakah ini ucapan syukur pertama dari mulutku setelah 21 tahun aku menikmati adanya pili air di Malaysia. Ya Allah, semoga aku sentiasa menjadi hamba yang bersyukur.


Katakanlah ( Wahai Muhammad) :
"Terangkanlah kepadaku jika sumber air kamu menjadi
kering, maka siapa yang akan memberimu 
air yang mengalir?"
(S. Al-Mulk : 30)


Pam air yang telah siap dipasang sumbangan daripda warga Malaysia

Beginilah kehidupan orang kg Rokapopram di Kemboja
malamnya gelap tiada cahaya lampu
siangnya panas

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan"
(S. Ar-Rahman : 21)

http://hotlayouts2u.com/blogger-layouts/view.php?id=L782752258