Sunday, January 2, 2011

Manisnya Ukhwah...

KenAnGan 
KEm ANaK soLeH
BaTu AMPaR ReSORt




Manisnya ukhwah itu…Ukhwah yang terbina atas kasih sayang kerana agamaNya.Walaupun sekejap iaitu hanya 7 hari 6 malam namun saat perpisahan terjadi sungguh pahit terasa.kepahitan yang terpaksa ditelan.Kerinduan pada mereka yang terpaksa ditanggung.Pertemuan yang telah ditentukan oleh Allah ini telah melakarkan satu memori yang indah yang pasti sukar dilupakan.Adik-adik yang masih baru mengenal kehidupan,namun terdapat di kalangan mereka yang telah diuji pelbagai ujian yang belum tentu diri ini juga dapat setabah mereka.

Terima kasih ya Allah kerana memilih diri ini untuk bertemu dengan mereka.Pelbagai masalah suka duka kehidupan mereka dikongsi bersama.Secara tidak langsung,pelbagai benda yang ana belajar dari mereka.Masalah dengan keluarga seperti kurangnya kasih sayang daripada ibu bapa kebanyakannya menjadi punca mengapa keruntuhan akhlak anak-anak remaja sekarang terjadi.Pelbagai masalah yang diceritakan,masalah dalam keluarga,masalah disiplin di sekolah,masalah dengan rakan-rakan banyak diceritakan menjadi rahsia antara kami dalam satu kumpulan.

Melihat riak wajah suci mereka ana sangat kasihan pada mereka.Entah berapa kali takungan air mata telah tumpah membasahi pipi ketika bersama mereka.Saat mereka meluahkan segala isi hati mereka,perasaan ingin berubah di kalangan mereka tetap ada.Ada juga di kalangan mereka yang melanggar syariat yang ditentukan oleh Allah seperti membuka aurat dan sebagainya sebenarnya mereka ini tidak tahu dengan hukum hakam tersebut.

Mereka semua sangat baik.Kami seperti dalam satu keluarga yang terdiri daripada berlainan usia.Entah mengapa sehingga saat ini ana masih merindui mereka,rindu untuk memberi bimbingan dan nasihat,rindu untuk membelai, dan rindu untuk memeluk dan cium atas rasa kasih sayang terhadap mereka.Walaupun ana masih kekurangan ilmu,ana bersyukur kerana Allah masih mahu memilih ana untuk menjadi pembimbing dan memberi tunjuk ajar kepada mereka walaupun seketika.Namun,dalam waktu yang singkat itulah pelbagai suka dan duka sempat dilakar bersama yang menjalinkan ukhwah antara kami semua.Rindu pada mereka masih bermain di jiwa…

Memang semua yang hadir ke Kem Anak Soleh itu adalah di kalangan mereka yang telah dipilih oleh Allah yang mempunyai potensi yang besar untuk berubah.Sejuknya hati ini bila ada di kalangan mereka yang telah berjaya mengubah diri sedikit demi sedikit.Alhamdulullah,kalau dahulu solat tidak cukup 5 waktu,kini sudah berjaya menjaganya.Kalau dahulu tudung tiada di kepala,gembiranya hati bila ada yang sedang berusaha untuk menutupnya walaupun itu sukar buat mereka yang sudah terbiasa.

Walaupun ana hanya seminggu bersama mereka,namun perasaan rindu pada mereka masih tidak dapat lari di sudut hati ini.Ana sangat berharap agar suatu hari nanti kami dapat bertemu kembali.Ana juga doakan mereka semua mendapat petunjuk dan rahmat dari Allah agar mereka semua dapat menjadi insan benar-benar beriman kepada Allah dan mendapat kefahaman yang sempurna tentang Islam...

Ya Allah,ana benar-benar rindukan adik-adik Kem Anak Soleh di sana.Semoga ukhwah yang terbina berkekalan selamanya bersama-sama limpahan rahmat dari-Nya.

1 Buah Fikiran:

حسنى جميل said...

Subhanallah,,1st time dpt baca cetusan hati sahabat baik ana..rupa2nya berbakat menulis nih..kalau tulis novel,konfem ana 0rg pertama yg akn beli! =)

yup,memori Kem Anak Soleh sntiasa t'pahat dihati.. rindukan adik2 dan team attaqwa..m0ga Allah melindungi mereka drp perkara2 yg tdk baik..

Post a Comment

http://hotlayouts2u.com/blogger-layouts/view.php?id=L782752258