Sunday, July 31, 2011

Ramadhan Karim


Selamat menyambut ibadah puasa.Bersama-sama kita membersihkan hati, memperbanyakkan amalan di bulan mulia ini...

Jom kita berpesta!
dekatkan diri kepada-Nya.

Pesta ibadah :
Solat Sunat Tahjud, Solat sunat Taubat, Terawih, solat jemaah, bersedekah, tadarus Al-Quran, solat sunat Dhuha..
Alangkah ruginya jikalau kita menolak tawaran yang mana membawa kita kekayaan di akhirat kelak.
tawaran percuma yang menjanjikan hadiah yang teristimewa.
Semoga kita istiqamah dalam merebut peluang yang ada.
Salam Ramadhan karim..:)

Friday, July 29, 2011

Wanita Perhisan dunia

Dari Usamah bin Zaid, Rosulullah shollallahu’alaihi wasallam bersabda:
 “Tidak pernah kutinggalkan sepeninggalku godaan yang lebih berbahaya bagi kaum lelaki selain daripada godaan wanita"


Duhai wanita yang cantik ciptaannya,
peliharalah auratmu kerna maruahmu di situ,
hiasilah dirimu dengan akhlak yang mulia,
didiklah jiwa mu dengan cinta pada Nya....
Duhai wanita,
pakaikan malu pada jasadmu,
kerna itu benteng buat kita,
biarkan kita diaanggap sombong,
tapi kita selamat dengan fitnah dunia,
kita bebas azab neraka...
Duhai wanita,
didiklah sabar dalam jiwa,
jika panas kita di dunia kerna memelihara aurat,
bergembiralah nanti di syurga,
itu sebenarnya destinasi utama kita...

Dan Hadis Rasulullah riwayat dari Bazzar dan At-Termizi menjelaskan,
“Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya.”

Sebaik-baik wanita adalah wanita yang solehah.

"Ya Allah selamatkan kami dari azab kubur,dan selamatkan kami dari azab jahannam,dan selamatkan kami dari fitnah kehidupan dan kematian dan selamatkan kami dari fitnah dajjal al masihi.."

Ya Allah, Ya Rahman....
kuatkanlah diriku seperti wanita solehah yang lain,
diri ini juga ingin menjadi seperti mereka,
diri ini lemah ya Allah,
diri ini  lalai...
Ya Allah,bantulah diri ini
lindungilah diri ini
jauhkan diriku daripada fitnah duniawi
jauhkan diriku dari kelalaian seorang lelaki..
aku takut dengan azbMu
redhakanlah dalam setiap urusan yang ku lakukan.

Perkongsian bersama.Baca Link di bawah..
Wanita Solehah Lebih baik daripada bidadari syurga


Thursday, July 14, 2011

Sabar

Bismillahirrahmanirrahim.
kepada Allah ku syukuri nikmat Iman dan Islam..Mengharapkan keredhoan dari Allah.

________________________

Kesabaran itu sangat penting kerana ia sebahagian daripada iman.Hilangnya sabar itulah petanda rapuhnya iman kita.Nak menjadi seorang hamba yang betul - betul bertakwa kepada Allah maka didiklah sabar dalam diri.kerana dalam setiap amal ibadah perlunya ada sabar.Ketika mana kita diuji sabarlah teman yang dapat menolong kita,ketika menerima musibah sabarlah yang hadir bersama sifat keredhoan dalam diri, ketika sakit sabarlah jua yang tolong ubati jiwa dan perasaan...

oleh itu sabarlah...sabar dalam setiap keadaan,sabar dalam setiap amalan,perasaan dan kemarahan.

Menurut Abdullah Ibn Abbas, sabar itu ada 3 peringkat :
1. Sabar dalam ketaatan dan ibadah kepada Allah
2. Menahan dan mencegah diri dari melakukan maksiat baik
    maksiat mata, telinga, hati dan lain-lain
3. Sabar ditimpa musibah di saat pertama kali kena kepadanya


Firman Allah s.w.t bermaksud :
“Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dengan
sebenar-benar taqwa, dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan
berserah diri (muslim)
“. (Surah Al-Imran:102).

Firman
Allah, “Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang
yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan
kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.”


Ambillah Islam sebagai jalan hidup.Kerana is mudah dan tidak menyusahkan.Jangan kita susahkan, kerana kejahilan diri sendiri dek kedegilan yang memaksa diri....Pohonlah kepada Allah agar kita difahamkan dengan kefahaman Islam supaya kita beramal dengan penuh keyakinan.



Matlamat kita menuju Allah yang satu.




sabar juga dengan masalah kehidupan.Kehidupan mengajak kita kepada hiburan, perasaan inginkan kelapangan dan hati pula inginkan kecintaan dalam dunia keremajaan.cuma iman sahaja yang inginkan ketakwaan.Jadi ikutlah kata iman....iman?

Adakah ada iman di dalam dada kita?
   tepuklah dada tanyalah sendiri..
    apa khabar iman?
      dah makan?

Agak-agaknya untuk hari ini apakah juadah yang telah kita hidangkan untuk kesihatan iman kita.Jika inginkan kesuburan iman dan kemantapan iman berilah iman kita vitamin dan makanan yang secukupnya.Jangan biarkan iman kita sakit kelaparan.

Kita sering lupa pada iman.Sedangkan imanlah asas diterimanya amal.Orang yang tidak beriman amalnya akan ditolak oleh Allah dan tidak akan mendapat pahala.kerana iman itu adalah keyakinan...keyakinan kita kepada pencipta.Kayakinan tanpa ada keraguan dan dibuktikan dengan amalan bagi membenarkan keyakinan.


Jadi, sabarlah...sabar dalam membina iman dan juga sabar dalam menjaga iman...

" Wahai orang-orang yang beriman masuklah kalian ke dalam Islam secara keseluruhan dan janganlah kamu turuti langkah-langkah syaitan.Sesungguhnya syaitan itu musuh nyata bagimu."
 ( Surah al-Baqarah : 208 )




http://hotlayouts2u.com/blogger-layouts/view.php?id=L782752258