Wednesday, June 11, 2014

Pen Purfume

Assalamualaikum wbkt.
Allahumma Solli a'la Muhamad.
Semoga setiap amal kita menjadi ibadah dan diniatkan kerana Allah SWT.


******
Cepat dapatkan segera!!!
Nikmati harumannya yang menyegarkan minda.
Apa Ni???

PEN PERFUME.
Mari cuba satu.
Haruman yang pelbagai :

SANDRA
ALNOURUS
RED ROSE
WINDY
LOVELY
VICTORY
CLASSIC

SILVER
SULTAN
CHAMPION




Made in Saudi Arabia.
RM 10 per batang.

Postage RM 6 - (1-24 batang )
RM 7 - ( 25 - 36 batang )

******
Berminat sms segera Husna - 0134377534
Cuba dulu baru tahu ...


Thursday, October 17, 2013

Tempahan Tudung Labuh Kain Kosyibo


Bismillahirrahmanirrahim.
Apa khabar semua?
Semoga diri kita menjadi insan yang dekat dengan Allah SWT.
Moga iman kita lebih baik dari semalam dan bertambah untuk  hari ini dan hari esok
dan selamanya.

Alhamdulillah, tempahan tudung yang amat menggalakkan.
Kepada semua pelanggan yang membeli
terima kasih diucapkan.
Ana amat mengharapkan semua pelanggan berpuas hati:)

Buat muslimah yang memakai tudung labuh,
berdoalah semoga kita istiqamah memakainya kerana Allah SWT.

Fesyen tudung sekarang yang pelbagai,
cantik dan bergaya.
Namun, harus juga berhati-hati dalam memilih yang terbaik untuk diri kita.
Yang masih mengekalkan identiti dengan memakai tudung jenis kain kosyibo,
jangan bimbang dan gusar
anda tetap cantik berpakaian sebegini.

"Bila cantik dalaman, pasti terserlah kecantikan luaran"

Sukar dapatkan tudung labuh jenis kain kosyibo???
hubungi ana untuk tempahan.

Husna Nordin - 013 4377534

Kain Kosyibo Aneka Warna.
*Jahitan tengah dijahit tangan.
*Selesa dan mudah dipakai
* Fesyen tudung yang tak lekang dek Zaman :)

Tudung siap dijahit RM 25



Jahitan tengah tudung.



Pilihan Aneka Warna.


Harga Postage :
1-2 Helai : RM 6
3 Helai : RM 9

Pembayaran boleh dibuat melalui akaun Maybank
Nurul Husna Mhd Nordin
No akaun : 158417143390


Jom pilih warna :)












Duhai muslimah,
aurat itu wajib ditutup.
Tutuplah kerana Allah SWT.

Ingat pesan Allah dalam al-Quran :

"Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu, dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat, dan taatilah kamu kepada allah dan rasulnya. Sesungguhnya allah (perintah kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan dari kamu wahai "Ahlu Bait", dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).

Duhai muslimah, 
tutuplah aurat mu sebaiknya.

INGAT pesan ana
AURAT dijaga MARUAH Terpelihara.

CEPATTT...TEMPAH SEGERA!

Wednesday, October 9, 2013

Say "AlLHAMDULILLAH"

Bismillahirrahmanirrahim.
Hati tiba-tiba untuk berbicara, setelah sekian lama.
dan mula tersenyum :)
S E N Y U M

Alhamdulillah.



Alhamdulillah,
 kalimah syukur yang perlu sentiasa terbit pada diri manusia. Lihat pada diri kita harini, banyak nikmat yang kita perolehi tetapi kita sering lupa..lupa pada yang memberi.
Nikmat...nikmat...nikmat...
cuba hitung?? x terkira kan. 
Nikmat iman..Nikmat ISLAM...nikmat yang paling besar dan bermakna.Mohon pada Allah, moga Allah kekalkan ia pada hati kita.

Nikmat hidup, nikmat kesihatan, nikmat makanan, nikmat pendidikan...Subhanallah...banyaknya.Tapii, berapa kali kalimah syukur yang kita ungkapkan..Tak memadaikan dengan betapa banyak nikmat yang Allah beri dengan ucapan pujian kita lafazkan.Itulah manusia..
Peringatan untuk diri saya.

Nikmat yang begitu banyak yang Allah berikan jarang kita syukuri tapi apa yang Allah tangguhkan keinginan yang kita hajati itu yang sering menjadi rungutan. 
Renungkan kata-kata di bawah.
Kena jadi orang bersyukur...
Bersyukur.
Bersyukur ye teman-teman.




" Seseorang yang tidak mampu membuang rasa faqirnya ketika memiliki sedikit harta,
maka ketika banyak hartapun dia tidak akan memperolehi rasa kaya.
Begitu juga orang yang tidak mengambil manfaat dengan sedikit ilmunya, 
maka semakin banyak ilmupun akan semakin tidak mengambil manfaat dengannya."

-Tanam diri dengan sifat qanaah dan bersyukur dengan yang ada. Kita perlu sedar, miskin itu penyakit, dia ada pada hati bukan pada harta.
Jika kita memiliki harta yang  banyak sekalipun, tetapi
penyakit miskin itu masih ada pada diri
tetap jua hati kita merasa tidak cukup dengan harta
dan nikmat yang Allah beri.

Jadi jadilah insan yang sentiasa bersyukur.
Alhamdulillah.

***
http://hotlayouts2u.com/blogger-layouts/view.php?id=L782752258