Tuesday, June 21, 2011

Umat Islam Pasti CemeRlanG!


Ya Allah kuatkanlah diriku dalam setiap kelemahan, keyakinan dalam setiap keraguan.Ya Allah jauhkan diri ini dari sifat futur dalam diri. Kurniakanlah daku sifat kesabaran dalam setiap kesukaran, 
keberkatan dalam setiap kemudahan.
Jauhkan diriku daripada melayani kesedihan TAPI bantulah daku bergerak menuju kejayaan....


Ketika diri memikirkan kegagalan, futur itu segera sahaja datang.melemahkan diri dan meragukan setiap apa yang dilakukan.Ya Allah kuatkanlah daku, 
bantulah hamba-Mu ini...
_________________________________________________

Lirik Nasyid, wawasan diri.....

Wawasan diri penuhi dada dengan ilmu
Wawasan agama bekalan masa depan dan akhirat
Kuat usaha jujur dan amanah
Sentiasa mengharap keredhaan Allah

Umat Islam harus cemerlang  

hari ini mesti lebih baik dari semalam
Jangan buang masa siapa kata kita tidak boleh

 
Kita ada Allah maha kuasa kita punya kuasa tenaga
Doa sebagai senjata umat Islam sentiasa boleh

Umat Islam zaman lampau taat perintah Rasulullah
Bersama berusaha bersatu tuju wawasan
Wawasan dunia dan akhirat

Akidah ibadah harus sempurna
Ibadah tanpa akidah wawasan syaitan
Ulama' warisan anbiya'
Pegangan mereka harus diikut
Ajaran sesat wajib hindari

Album : HijrahMunsyid : UNIC
http://liriknasyid.com


____________________________________ _

Thursday, June 16, 2011

GADIS itu

Bismillahirrahmanirrahim
  entry ini sengaja disalin semula daripada helaian kertas yang mana tidak dinyatakan siapa penulisnya.Diharapkan perkongsian yang dibuat ini diizinkan oleh penulis asal puisi ini.semoga ilham buah fikiran penulisan puisi yang bertajuk GADIS ini mendapat balasan yang berterusan.InsyaAllah...


   Entry nie khas 
       dedikasi buat semua wanita di luar sana.
       sama-sama kita manfaatkan.

"Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki. (RiwayatAhmad Ibnu Hibban, Thabrani, Anas bin Malik)"



 *__________________________ *


Seorang gadis itu...


yang lembut fitrah tercipta, halus kulit, manis tuturnya,
lentur hati...
telus wajahnya, setelus rasa membisik di jiwa,
di matanya ada air, sehangat cinta, sejernih suka, sedalam duka
ceritera hidupnya...

seorang gadis itu...
hatinya penuh manja, penuh kasih sayang semuanya,
cinta untuk diberi, kasih untuk dirasa

namun manjanya bukan untuk semua,
bukan lemah atau kelemahan dunia
ia bisa kuat, bisa jadi tabah, bisa ampuh menyokong
pahlawan-pahlawan dunia.
begitu unik tercipta,
lembutnya bukan lemah, tabahnya tak perlu pada jasad yang gagah.

seorang gadis itu...
teman yang setia, buat Adam dialah Hawa,
tetap di sisi...
dari indahnya jannah, hatta ke medan dunia,
hingga kembali mengecap nikmatnya.

seorang gadis itu...
bisa seteguh Khadijah, yang suci hatinya
tabah & tenang sikapnya, teman ar-Rasul,
pengubat duka laranya...

bijaksanan ia menyimpan ilmu,
si teman bicara, dialah Aisyah
 penyeri taman Rasulullah, dialah hafsah
penyimpan mashaf pertama kalamullah.


seorang gadis itu...
bisa setabah Maryam, meski dicaci meski dikeji,
itu hanya cerca manusia,
namun sucinya Allah memuji...
seperti Fatimah kudusnya, meniti hidup seadanya
puteri Rasululullah, kesayangan ayahanda,
suaminya si panglima agama, dibelakangnya dialah pelita,
cahaya penerang segenap rumahnya, ummi tersayang cucunya baginda.

seorang gadis itu...
yang hidup di alaf ini, gadis akhir zaman,
era hidup perlu berdikari...
dirinya terancam dek fitnah, sucinya perlu tabah,
cintanya tak boleh berubah,
  tak bisa terpadam dek helah.

seorang gadis itu...
tinggallah di dunia, sebagai abidah, daiyah & mujahidah
pejuang ummah, muslimah yang solehah..
  kelak jadi ibu,
 membentuk anak-anak ummah,
 rumahnya taman ilmu, taman budi & ma'rifatullah...

   Buat semua gadis itu,
   moga kepulanganmu dalam kerahmatan dan keredhaanNya
   mengecapi kebahagian di taman-taman syurga
   moga ar-Rahman melindungi,
merahmati dan merestui
perjalanan seorang gadis itu,
 menuju cintaNYA yang ABADI...

________________________________________________________

Wednesday, June 15, 2011

Merancang Kehidupan akhirat

Bismillahirrahmanirrahim.
Selawat dan salam buat Nabi Muhammad SAW, para sahabat , tabi' dan tabien dan semuanya yang telah banyak berjasa kepada Islam.
Al-hamdulillah, masihku rasa degupan jantung, melihat keindahan pagi, menghirup udara yang masih segar di kampung halaman dan jari jemari masih bertenaga untuk terus menari di atas key board.

Mata terpesona melihat keindahan pagi.Pohon-pohon hijau segak berdiri.Segar dibasahi embun-embun pagi bersama burung-burung berkicaun sibuk mencari rezeki.Bila melihat burung, terbang tinggi di awan...
Subhanallah...hebatnya ciptaan tuhan.
Al-hamdulillah, masih dapat merasakan nikmatnya ketika ini. 

Memang cantik dunia.Ramai yang terpesona.Saat matahari naik menggantikan bulan, makhluk yang bernama manusia pasti bersiap sedia untuk keluar bekerja.Keluar mencari rezeki untuk persedian hidup pada masa akan datang..Masing-masing sibuk.Kadang-kadang terlalu sibuk merancang kehidupan di dunia sehinggakan lupa merancang kehidupan di akhirat...

Sedar atau tidak, kehidupan kita di dunia ini hanya sekadar persinggahan.Kehidupan yang kekal pasti menanti pada waktu yang kita tidak tahu.Kehidupan di alam barzakh? pastinya berlaku mungkin setelah saat ini, mungkin seminit dua atau pada bulan depan mahupun tahun-tahun akan datang.Persoalannya apa persedian yang telah kita lakukan untuk kehidupan yang hakiki di sana nanti.


Persoalannya di sini, jika nanti tiba masanya kita meninggalkan dunia yang penuh rencah ini, bersediakah kita dengan kehidupan akhirat yang lebih mencabar nanti.


Jika hari ini tiba masanya,
apa bekalan yang akan kita bawa di sana nanti?






*****

Banyak panduan yang ditinggalkan oleh Rasulullah yang dapat membantu kita dalam merancang kehidupan akhirat.Antaranya ialah



Sabda Rasulullah s.a.w
Maksudnya: “ Apabila seseorang manusia itu meninggal, maka terputuslah segala pahala amalannya, melainkan tiga amalan yang kekal berterusan walaupun selepas kematian, iaitu amalan soleh, sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh kepada kedua ibu bapanya”. (Hadis riwayat muslim)

1.Sedekah jariah
Setiap rezeki yang kita perolehi adalah semuanya daripada Allah.Dan kita perlu bijak menguruskan rezeki yang kita perolehi.Sebenarnya rezeki yang kita perolehi bukan untuk kita seorang tetapi perlu diagihkan kepada orang lain.Kita jangan menjadi kedekut seperti Qarun yang mana kekayaannya memakan diri sendiri.Didiklah diri kita mencontohi AbdulRahman bin Auf dengan sifat pemurahnya.Berkat rezekinya dengan sifat pemurahnya perniagaanya tidak rugi malah semakin maju dan berkembang.

Selain mendapat pahala yang berterusan, bersedekah juga dapat menundukkan nafsu kita.Sifat riya', sombong dan kedekut pasti boleh dikikis dalam diri jika selalu bersedekah malah sifat sanggup berkorban pasti dapat ditanam dalam diri jika amalan sedekah ini dilakukan setiap hari.Bersedekahlah walaupun sedikit kerana setiap apa yang kita sedekahkan itu sangat bernilai mungkin bukan di dunia ini kita perolehi balasannya tapi harapan kita di akhirat nanti iaitu destinasi utama kita.


Allah SWT berfirman :
" Maksudnya: Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertakwa ( mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya) serta dia membenarkan adanya pahala yang terbaik (SYURGA), maka sesungguhnya Kami akan menyediakan baginya jalan yang mudah (SYURGA).
(Surah al-Lail : 5-7)

2.ilmu yang bermanfaat
Ada pepatah arab yang mengatakan "tuntutlah ilmu daripada buaian hingga ke liang lahad".ini bererti proses menuntut ilmu merupakan proses yang perlu dilakukan secara berterusan.

Manusia makhluk yang istimewa kerana dikurniakan akal.Dengan akallah manusia berbeza dengan haiwan.akal mampu membezakan yang mana baik dan yang mana buruk dan akallah yang berperanan untuk memilih kemana hala tuju kita dalam kehidupan.

Carilah ilmu yang bermanfaat.Ilmu yang dapat mendekatkan diri kita dengan Allah, ilmu yang mengajar kita mengenali Allah, berkaitan kekuasaan-Nya, keagungan-Nya , keesaan-Nya dan sebagainya.Dengan ilmu yang kita perolehi, sampaikan dan kongsikanlah dengan orang lain.Selagi ilmu yang disampaikan terus disampaikan dan diamalkan kepada orang lain pasti pahala yang kita perolehi juga akan bertambah dan terus bertambah walaupun roh telah berpisah daripada badan.


Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Abdullah bin Mas'ud r.a, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda  yang bermaksud :


" Tidak boleh iri hati, melainkan dalam dua perkara, iaitu seseorang yang dianugerahkan harta oleh Allah, lalu dia membelanjakannya sehingga habis dalam kebenaran; dan seseorang yang dianugerahkan ilmu, lalu dia gunakan untuk memutuskan perkara dan dia ajarkan kepada orang lain."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)


3.Doa anak yang soleh
Anak adalah permata yang sangat berharga.Ibu bapa yang dikurniakan cahaya mata didiklah anak-anak menjadi anak yang soleh.Peliharalah anak-anak agar mereka sentiasa menjaga ibadah solatnya, anak-anak yang melaksanakan segala perintah Allah.

Anak-anak yang soleh adalah satu pelaburan yang sangat bernilai.Keberkatan doa-doa mereka kepada Ibu bapa mereka yang telah meninggal dunialah yang menjadi penolong di dalam kekelaman dan kepedihan azab kubur.



Sabda Rasulullah s.a.w :Maksudnya : “Orang yang paling bijaksana dikalangan kamu ialah orang yang bermuhasabah dirinya dan menyediakan bekalan amal soleh sebelum menghadapi kematian. Manakala orang yang tidak bijaksana ialah orang yang terpedaya dengan pujukan hawa nafsunya dan sentiasa berangan-angan kosong terhadap Allah taala( mengharapkan ganjaran Allah tanpa berusaha).”
Hadis Riwayat At-Termizi Dan Ibnu Majah.

Wednesday, June 1, 2011

Menghayati Falsafah Cinta

Bismillahirahmanirrahim... 
Semoga penulisan ini lahir dari ilham yang murni bukan dari
kata hati yang menturuti bisikan syaitan
yang sering memanahkan ketajaman kejahatan kepada manusia.

Maratib cinta suci.
benarkah dalam kita menyususun mengikut peringkat yang betul? 


 
 ********
Cinta mana yang anda pilih.?
Ramai yang kata cinta itu buta, benarkah buta?sebenarnya tidak buta.Sebabnya mata hati sering memerhati.Akal yang waras bisa memilih.Cinta mana yang lebih utama.

Ramai remaja sering tersalah pilih.Cinta manusia yang menjadi utama.Syaitan berjaya membutakan mereka.Cinta manusia antara anak remaja yang masih belum ada ikatan.Sewaktu bercinta mereka rasakan dunia ini mereka yang punya.Hemm, x sedarkah kita.Allah yang Maha Mencipta.sejauh mana cinta kita kepada yang Mencipta diri kita berbanding cinta kepada priya yang dianggap cinta setia itu.

Wahai remaja yang enak bercinta,
pilihlah cinta yang Utama.Tunggu masa bercintalah sepuasnya.

Bila ditanya cinta mana yang paling utama.pasti ALLAH jawapannya.Semoga benar-benar dari ketulusan hati bukan sekadar sekadar mengikut skema...seronoknya bercinta, kerana cinta juga nikmat dari Pencipta.tapi...ramai yang tersalah guna.

Bila dilamun cinta, semua orang dilihat seperti si-dia.Makan tak lalu, tidur tak lena, mandi tak basah,sentiasa menunggu panggilan dia..wahh, hebatnya penangan cinta.Ku sering memerhati mereka yang mabuk bercinta, berbual dalam YM, chat kat FB lah...cuba fikir, Allah redha x perbuatan kita tu.agak-agak Malaikat sebelah mana yang akan mencatit amalan kita tu.

Bila jatuh cinta cuba tengok diri kembali, kepada Pencipta sudah benar-benarkah kita mencinta sepenuh hati.Lebih baik kita berdating dengan Allah di waktu malam yang sunyi, pasti Allah redha.Pasti Cinta suci yang terhasil bukan lagi cinta fitnah bersulam noda.

Tundukkanlah pandangan.Jangan biarkan mata meliar melihat ke sana sini, takut-takut dari mata turun ke hati.
Bila masuk ke hati, takut-takut sakit parah dan sukar diubati.memang hati sukar diubati kecuali kembali kepada Allah.

Jom, ramai-ramai kita bersama.siapa yang dahulu berjaya merebut cinta Ilahi.Cinta yang suci, dan paling diredhai.

Layakkah aku memperolehi cinta hakiki?
sungguh kerdil rasa diri ini.sama-samalh kita memperbaiki diri.Sementara denyut nadi masih berdegup ceria, akal fikiran masih mengenal siapa kita, mata melihat kebesaranNya...bersegeralah kita berubah menjadi sebenar-benar hamba..Hamba yang bermusafir di bumi Tuhan demi mencapai Keredhaannya.



Cinta juga ibarat sebatang besi, jika tidak
di jaga dan terbiar ia akan berkarat dan rosak.

Cinta yang suci ibarat air di padang pasir,
ibarat embun di pagi hari, ibarat bulan diheningan malam.

Cinta yang teguh membuatkan jiwa sukar runtuh,
yang lemah menjadi kuat,
yang longlai lebih bersemangat.

Cinta palsu adalah racun yang akan membinasakan
bukan saja diri sendiri malah orang sekeliling.


Cintailah diri sendiri sebelum menyintai
orang lain.

Cinta yang paling dituntut ialah cinta pada ALLAH
kerana ianya adalah cara terbaik
untuk menunjukkan rasa syukur kita kepada semua nikmat
pemberianNya di dunia yang indah ini.



   " Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang mukmin bahawa    sesungguhnya bagi mereka kurnia yang besar dari Allah"


http://hotlayouts2u.com/blogger-layouts/view.php?id=L782752258