Thursday, September 29, 2011

Jangan Jadi Bunga Yang Layu

Mulakan kalam pena dengan dengan ucapan mulia basmalah. semoga penulisan ini mendapat rahmat dan berkat dariNya..

Setelah sekian lama blog ini menyepi, hari ini baru berkesempatan untuk mengepost satu entry. semoga isi entry ini sampai kepada hati-hati kita yang sering lalai dan leka dengan mainan dunia.

Hari demi hari, aku menyaksikan dan menghadapi pelbagai masalah yang berbeza. Kadangkala masalah yang sama terpaksa aku hadap di depan mata. membuatkan aku muak dan mual melihat karenah manusia yang berakal dan berilmu tetapi tidak beramal dengan ilmu yang ada.

Kadangkala berasa geram, sesetengah manusia yang telah pun mempunyai kefahaman agama mengenai aurat, ikhtilat, berkaitan halal dan haram tetapi masih berpura-pura tidak faham dan mencuba menghalalkan yang haram dengan seribu bagai alasan.

Salah siapa?
salahkanlah diri sendiri...
banyakkan istighfar, semoga penyesalan dihapuskan dosa dan membersihkan titik hitam yang melekat di dalam hati.

astaghfirullahal azim..astaghfirullahal azim...astaghfirullahal azim.

***

Ujian yang mematangkan diri. Indahnya aturan Allah itu terhadap kehidupan kita di dunia ini. Walaupun dalam keperitan menerima ujian, dalam keseduan Allah melihatkan diriku kesabaran dan kematangan dalam meneruskan kehidupan.Walaupun orang lain yang diberikan ujian oleh Allah seberat itu, aku dapat melihat kesusahan orang lain itu sebagai pengajaran.

Pentingnya menjaga maruah diri.

Maruah itu perlu dijaga dan bukannya untuk dijaja. Fitrah manusia, Allah menjadikan manusia itu makhluk yang sering lupa dan perlu sentiasa diingati. Sebab itulah Allah menurunkan al-Quran yang lengkap yang sesuai dijadikan panduan sepanjang zaman. Jika hati dalam kerungsingan, carilah al-Quran. Carilah ketenangan di sebalik kemukjizatan al-Quran.

Rahsiakan kemaksiatan.
Allah itu maha pengampun. Jika kita terlanjur membuat kesilapan, segeralah dalam bertaubat.

Ibnu Abbas melaporkan, Rasulullah SAW bersabda, " Sesungguhnya Allah memaafkan umatku kerana aku ( disebabkan beberapa perkara), keliru (salah kerana tidak sengaja), lupa dan segala sesuatu yang dipaksa."
(Hadis diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan Baihaqi dan lain-lain)

Melalui hadis ini menjelaskan ada tiga perbuatan yang dimaafkan dosanya oleh Allah :

  1. Keliru (salah tidak disengajakan)

Orang yang melanggar larangan Allah atau meninggalkan perintah-Nya kerana tidak sengaja, maka dimaafkan oleh Allah dan dia tidak mendapat hukuman atau diseksa kerananya.

  2. Lupa

Termasuk perbuatan yang dimaafkan adalah lupa. Maksud lupa di sini adalah lupa yang tidak disengajakan. Lupa yang disengajakan seperti tidak mahu menghafal atau tidak berusaha untuk mengingat, dia dihukum walaupun melakukannya kerana lupa.

  3. Dipaksa

Seseorang yang dipaksa melakukan sesuatu baik berupa perkataan ataupun perbuatan, tidak dapat dihukum atas perbuatan yang dilakukannya. Nabi bersabda, termasuk yang dimaafkan adalah, "segala sesuatu yang dipaksa."

dalam paksaan terdapat beberapa pengecualian, antaranya ialah dipaksa untuk berzina dan dipaksa untuk membunuh.

Buat wanita terutamanya, sama-samalah kita menjaga diri. Jika wanita hari ini telah ramai yang terjebak dengan cinta manusia, sedarlah cinta yang dikawal oleh hawa nafsu itu tidak ke mana. Hanya indah untuk sementara. Bila manis seorang wanita itu telah diratah oleh lelaki yang belum lagi halal untuk wanita, maka jadilah wanita itu hampas yang tidak bermadu, laksana bunga yang layu jatuh ke bumi dan tidak lagi laku.

"Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ilah wanita yang solehah."
 (Riwayat Muslim)




Selamat memutik cinta pada yang Satu.
       Ingat ! Allah mengetahui setiap inci  di dalam hati itu manusia.

http://hotlayouts2u.com/blogger-layouts/view.php?id=L782752258