Friday, April 15, 2011

Cinta Pertama


Jatuh cinta..
aku sudah jatuh cinta,
benar-benar jatuh cinta
Cinta aku dengan Dia
cinta penuh setia.

Terimakah Dia,
tika diri bukanlah sempurna
sering lalai dan alpa
tapi,
Dia sentiasa bersama,
masih mahu memberi nikmat yang tak terkira.
sebab itulah aku jatuh cinta
dengan siapa?
pastilah Dia...Allah maha pencipta.

Ya Allah,
aku jatuh cinta ,
cinta pertama tiada pengakiran,
cinta suci tiada pengganti.
Ya Rahman,
aku terlalu jatuh cinta
mampukah aku untuk menjadi pencinta yang setia?

Ya Khaliq,
Engkau yang menjadikan hati ini,
lahirnya perasaan di sini,
tetapkanlah,
janganlah Engkau bolak balikkan hatiku,
berilah nur pada hati ini
agar mata hatiku tidak sesat dalam kegelapan
agar diri bijak dalam memilh jalan.

Ya Allah,
jika aku jatuh cinta,
cinta pada rijal,
cintakanlah aku pada-Mu lebih daripada cinta pada dia.

Wahai Cinta pelindung hidupku,
hanya pada-Mu aku minta pelindung,
Aku mengharap agar diriku bukanlah punca kelalaian lelaki.
Wahai Cinta agung tempat pengharapan,
bersihkanlah hatiku,
sucikan hatiku dengan Cinta aku pada-Mu,
ikhlaskan ibadahku hanya untuk-Mu
agar nanti aku kembali dapat melihat wajah-Mu.
Ya Allah,
aku serahkan Cinta pada-Mu,
bantulah aku,
tutuplah aib ku dan bantulah aku dalam memelihara maruah diri,
jauhkan aku,
jauhkan aku daripada menjadi fitnah dunia.
Ya Tuhanku,
jadikanlah aku wanita yang solehah,
wanita yang terpelihara maruahnya,
wanita yang bermanfaat pada agama,
wanita yang cekal hidup di atas dunia.
dan rahsiakanlah perkataanmu atau nyatakanlah (sama sahaja
keadaannya) kerana sesungguhnya,Dia
maha Mengetahui segala isi hati..
(Al-Mulk : 13) 

Ya Allah,
jangan Engkau jadikan aku
memiliki selain-Mu
Tuhan,
kerana kelemahanku
aku kadangkala tidak dapat mencintaimu sepenuhnya lagi
tapi,
jangan pula Engkau tidak mencintaiku..
Ya Tuhanku,
anugerahkanlah padaku Cinta padaMu
ku harap kita dapat cinta mencintai
kekal abadi.....


 < Cinta Allah,Cinta Pertama >

Saturday, April 9, 2011

Wanita & Minyak Wangi



Wanita adalah perhiasan dunia 
yang diciptakan cantik dengan ciri-ciri yang berbeza dengan lelaki.
Wanita bagaikan mutiara yang cantik berkilau dan perlu dijaga rapi dan di simpan elok di tempat yang tersembunyi.Banyak larangan-larangan di dalam Islam yang ditujukan khas buat wanita kerana ingin menjaga kesucian wanita itu.Sebabnya ,Wanita sangat mudah untuk ditimpa  fitnah oleh orang sekeliling.Oleh itu, Allah turunkan larangan-larangan ke atas wanita dengan tujuan untuk menjaga wanita itu daripada jatuh ke lembah kemaksiatan ataupun kekufuran.Sehinggakan ada larangan yang ditujukan kepada wanita agar tidak memakai bau-bauan.

Agak simple larangan ni, tapi akibat daripada melanggar larangan ini sama dosanya seperti berzina.Wanita...begitu mudah untuk mendapat dosa tetapi lagi mudah jika kita hindari setiap larangan yang turun daripada Allah.Wanita dan minyak wangi pada hari ini seolah-olah menjadi keperluan wajib yang mesti ada dalam pengurusan diri.Walaupun Islam secara jelas telah melarang wanita memakai bau-bauan keluar rumah, kerana dikhuatiri baunya tercium oleh lelaki tetapi masih ramai yang wanita hari ini yang sengaja menyembur wangian pada badan setiap kali sebelum keluar.

"Bersabda Rasulullah saw : SAW : "Setiap mata berzina, seorang wanita bila memakai bau-bauan, kemudian dia lalu di hadapan orang pada suatu majlis, maka wanita itu (sama dengan ) berzina".
(HR Ahmad dalam Musnadnya, dan oleh Tirmidzi dari Abu Musa Al-Asy'ari).

Ada lagi satu hadis yang menceritakan iaitu yang diriwayatkan oleh Abu Daud,Nasai dan Ibnu Majah bahawa Abu Hurairah menceritakan, dia bertemu dengan seorang wanita, maka tercium olehnya dari wanita tersebut bau harum-haruman, sedangkan angin berputar di sekitarnya.Kata Abu Hurairah, : Hai, Hamba Allah!Apakah engkau dari masjid?".
Jawab wanita,
"Ya Betul".Tanya Abu Hurairah,"Apakah engkau memakai bau-bauan ke masjid?'.
Jawab wanita, " Ya, aku memakainya".

Kata Abu Hurairah, "Aku mendengar kekasihku Rasulullah saw bersabda :
"Allah tidak akan menerima solat wanita yang memakai bau-bauan ke masjid ini, sehinggakan dia pulang lalu dia mandi seperti mandi junub".

Hadis ini telah diriwayatkan dari berbagai jalur, antara lainnya ialah
"Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah saw bersabda, "Wanita mana pun yang memakai bau-bauan, janganlah dia menghadiri solat Isya' bersama-sama kami."

Hadis di atas diriwayatkan pula oleh Muslim,Abu Awamah,Ashhabus Sunan dan lain-lain.Sebenarnya ia juga meliputi seluruh waktu solat kerana pada hadis lain mencakup setiap waktu solat.Dalam hadis ini khusus disebutkan solat Isya' kerana pada waktu tersebut fitnah lebih banyak terjadi.

Larangan memakai bau-bauan ini bukanlah ditujukan untuk orang-orang yang pergi ke masjid tetapi sesungguhnya larangan itu mutlak ditujukan  kepada setiap wanita apabila ingin keluar rumah, baik ke masjid mahupun ke tempat lain.

"Siapa di antara wanita yang memakai harum-haruman, kemudian dia lalu di hadapan orang-orang supaya tercium bau harumannya, maka wanita itu sama berzina".
(Menurut Tirmidzi, hadis ini sahih).;

Diriwayatkan pula oleh Tirmidzi bahawa Rasulullah saw bersabda:
"Wanita yang mempamerkan diri dengan memakai perhiasan di hadapan orang yang bukan keluarganya, tidak ubahnya dia bagaikan berada dalam kegelapan hari kiamat, tanpa cahaya sedikit juapun".

Wahai wanita muslimah!
Janganlah kita keluar rumah memakai bau-bauan dan perhiasan.Azab Allah itu sangat pedih di sana nanti.
Wahai muslimah,
bertakwalah kepada Allah,ikutlah segala larangannya dan laksanakan setiap suruhannya.
Simpanlah kecantikan diri untuk orang yang benar-benar layak untuk dilihati.

Wahai muslimah,
Tak perlu nak menghabiskan masa dihadapan cermin,
membazir wang membeli pakaian yang mengikut trend,
jika niat semata-mata nak  menarik perhatian anak teruna di luar sana,
bersiap sedialah...
Azab Tuhan pasti menanti di sana..

 Jadilah wanita yang cantik di mata Allah, 
bukan pada mata manusia yang hanya menurut nafsu.
sia-sia...

"Sesiapa yang dikehendaki baik oleh Allah, nescaya diberi pemahaman agama yang mendalam oleh-Nya."
(Riwayat Bukhari & Muslim)

Sampaikanlah daripada-Ku walaupun satu ayat...

pesanan buat diriku dan semua muslimah... 

Rujukan : FIQH WANITA
Muhammad Athiyah Khumas.

Saturday, March 26, 2011

Rindukan Teman Yang Dulu

Teman,
semoga kita tetap di atas landasan yang benar...
"Ya Allah, tetapkanlah hati-hati kami untuk terima dan mengamalkan ajaran-Mu.Janganlah Engkau membolak-balikkan hati kami setelah Engkau memberi hidayah kepada kami."


Seorang sahabat seperti manusia perlunya makan.Memberi tenaga pada tubuh untuk menggerakkan sendi dan bergerak melakukan sesuatu kerja .Seorang kawan amat perlu untuk menceriakan kehidupan.Kawan memberi kita kegembiraan, membantu ketika dalam kedukacitaan.Namun, tidak semua kawan yang boleh digelar “sahabat”.Ada juga kawan yang hadir hanya merumitkan perjalanan kehidupan.

Aku suka bersahabat.Adanya sahabatlah yang membantu aku untuk terus gagah berjalan di bumi Tuhan .Ada sahabat yang baik, cuba mentarbiah diri untuk terus mengenal Tuhan dan mengajak melakukukan amalan dan mendekatkan diri aku dengan Allah.Kawan yang bergelar sahabat selalu membimbing aku ketika lemah dengan ujian Tuhan, menasihati dan menunjukkan jalan kearah kebaikan.

Terima kasih ya Allah, kerana aku dipertemukan sahabat yang sentiasa berusaha untuk dekat dengan-Mu.Semoga aku juga turut peroleh kebaikan dengan apa yang Engkau berikan kepada mereka.Aminnn.
Jaga-jaga dalam memilih sahabat, sebab dalam bersahabat ada juga sahabat tetapi sahabat yang bertopengkan syaitan.Sahabat yang membawa kesengsaraan , sekadar mengajak mendapat keseronokan, tapi sering lupa akan arahan dan perintah Allah.

Dalam 20 tahun aku hidup di bumi Allah ini, pelbagai jenis kawan yang telah aku jumpa.Ada yang suka dan pasti ada juga yang tidak suka berkawan dengan aku.
Ada sahabat yang sama fikrah.yang sama keinginan dan serupa kemahuan.Seronoknya bersahabat dengan sahabat yang sama matlamat kehidupan, bersama-sama memegang prinsip hidup yang sama dan memegang akidah yang sama.Seronoknya jika semua sahabat yang demikian rupa.

Tapi….
Bumi dicipta bukan untukku, tapi untuk semua.Bumi dicipta bukan untuk menurut kemahuanku tapi ada rahsia dan berjuta hikmah di sebaliknya.Allah mencipta manusia untuk bertegur sapa dan berkenal-kenalan antara semua.

Pelbagai jenis sahabat yang aku jumpa, macam-macam karenah dan tingkah laku yang semestinya berbeza.Kadang-kadang memeningkan untuk berhadapan dengan mereka.Tapi jika aku ingin menjadi kawan yang baik, aku mesti berlapang dada menerima serta memahami.Tapi jangan sampai terlupa untuk sama-sama mengajak, menegur, menasihati, menghalang perkara yang tidak sepatutnya kita lakukan sebagai hamba Allah di muka bumi ini.

Kadang-kadang aku cuba untuk lari dari berkawan.Kadang-kadang sampai tahap tak mahu mengaku itu kawan, kita pernah berkenalan, duduk semeja ketika makan, dan sebaris ketika sujud pada Tuhan.

                             s.e.d.i.h
Maafkan aku teman, sebab kadang-kadang aku tak mampu untuk menarik mereka kembali berada di atas landasan.Mungkin dosaku yang menggunung yang menyebabkan diriku gagal untuk menarik kalian atas kekaburan kalian dalam memilih jalan..

Kawan-kawan,sebenarnya aku rindu pada kamu semua.tapi aku rindukan kamu semua yang dulu bukan yang sekarang.Aku nakkan kawan-kawan seperti dulu,yang ikut perintah yang Allah turunkan, menutup aurat dan menjaga ikhtilat.

Kawan-kawan, mengapa hati kalian cepat beralih pada jalan yang lain.kalau dulu kita sama-sama belajar agama bab aurat dan sebagainya,kita semua fahamkan.tapi sekarang kenapa ada yang dah lupa, adakah salah aku yang tidak memperingati kalian.

                           k.a.w.a.n
aku sangat sayangkan kalian.Aku inginkan kita bukan sahaja menjalinkan ukhwah yang telah terbina mesra di dunia sahaja malah juga di akhirat nanti.Aku takut..dan sangat takut.Aku takut kita berpisah di sana.


                         k.a.w.a.n
aku juga sering tersasar.juga melakukan dosa.kita sama-sama diuji dengan pelbagai ujian, dihasut oleh panahan bisikan syaitan..kita sama-sama menghadapi benda yang sama.Jadi, bila lihat aku sendiri yang jatuh ke lembah kehinaan tolonglah..tolonglahh tarik aku kembali.
                                                 
Maafkan aku,
Mungkin juga kemaksiatan yang aku lakukan, aku juga turut dikalahkan oleh bisikan syaitan.bisikan yang mencampur adukkan pemikiran, bisikan hasutan yang yang cuba tidak endah dengan apa yang kalian lakukan.mata cuba dipejamkan bila melihat aurat kalian didedahkan, telinga diusaha dipekakkan bila mendengar cerita yang tidak enak disebarkan namun hati tidak dapat lari untuk merasakan kesedihan, dan kebencian dengan apa yang kalian lakukan.

kawan-kawan,
jom kita jadi seperti dulu..biarkan tak cantik pada pandangan orang, tapi cantik pada pandangan Allah.Kawan-kawan jom tutup kembali aurat kita.Jangan kerana inginkan perhatian bukan mahram kita, kita dengan mudah melanggar apa yang telah diperintahkan.

Doa Rabitah

Sesungguhnya Engkau tahu
Bahwa hati ini tlah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu

Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan

Sesungguhnya Engkau tahu
Bahwa hati ini tlah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu

Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan

Kuatkanlah ikatannya
Tegakkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya

Terangilah dengan cahyaMu
Yang tiada pernah padam
Ya Robbi bimbinglah kami…

Rapatkanlah dada kami
Dengan karunia iman
Dan indahnya tawakkal padaMu

Hidupkan dengan ma’rifatMu
Matikan dalam syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela

Rapatkanlah dada kami
Dengan karunia iman
Dan indahnya tawakkal padaMu

Hidupkan dengan ma’rifatMu
Matikan dalam syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela

Kuatkanlah ikatannya
Tegakkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya

Terangilah dengan cahyaMu
Yang tiada pernah padam

Ya Robbi bimbinglah kami…
Ya Robbi bimbinglah kami…
Ya Robbi bimbinglah kami…


  

http://hotlayouts2u.com/blogger-layouts/view.php?id=L782752258