Saturday, April 9, 2011

Wanita & Minyak Wangi



Wanita adalah perhiasan dunia 
yang diciptakan cantik dengan ciri-ciri yang berbeza dengan lelaki.
Wanita bagaikan mutiara yang cantik berkilau dan perlu dijaga rapi dan di simpan elok di tempat yang tersembunyi.Banyak larangan-larangan di dalam Islam yang ditujukan khas buat wanita kerana ingin menjaga kesucian wanita itu.Sebabnya ,Wanita sangat mudah untuk ditimpa  fitnah oleh orang sekeliling.Oleh itu, Allah turunkan larangan-larangan ke atas wanita dengan tujuan untuk menjaga wanita itu daripada jatuh ke lembah kemaksiatan ataupun kekufuran.Sehinggakan ada larangan yang ditujukan kepada wanita agar tidak memakai bau-bauan.

Agak simple larangan ni, tapi akibat daripada melanggar larangan ini sama dosanya seperti berzina.Wanita...begitu mudah untuk mendapat dosa tetapi lagi mudah jika kita hindari setiap larangan yang turun daripada Allah.Wanita dan minyak wangi pada hari ini seolah-olah menjadi keperluan wajib yang mesti ada dalam pengurusan diri.Walaupun Islam secara jelas telah melarang wanita memakai bau-bauan keluar rumah, kerana dikhuatiri baunya tercium oleh lelaki tetapi masih ramai yang wanita hari ini yang sengaja menyembur wangian pada badan setiap kali sebelum keluar.

"Bersabda Rasulullah saw : SAW : "Setiap mata berzina, seorang wanita bila memakai bau-bauan, kemudian dia lalu di hadapan orang pada suatu majlis, maka wanita itu (sama dengan ) berzina".
(HR Ahmad dalam Musnadnya, dan oleh Tirmidzi dari Abu Musa Al-Asy'ari).

Ada lagi satu hadis yang menceritakan iaitu yang diriwayatkan oleh Abu Daud,Nasai dan Ibnu Majah bahawa Abu Hurairah menceritakan, dia bertemu dengan seorang wanita, maka tercium olehnya dari wanita tersebut bau harum-haruman, sedangkan angin berputar di sekitarnya.Kata Abu Hurairah, : Hai, Hamba Allah!Apakah engkau dari masjid?".
Jawab wanita,
"Ya Betul".Tanya Abu Hurairah,"Apakah engkau memakai bau-bauan ke masjid?'.
Jawab wanita, " Ya, aku memakainya".

Kata Abu Hurairah, "Aku mendengar kekasihku Rasulullah saw bersabda :
"Allah tidak akan menerima solat wanita yang memakai bau-bauan ke masjid ini, sehinggakan dia pulang lalu dia mandi seperti mandi junub".

Hadis ini telah diriwayatkan dari berbagai jalur, antara lainnya ialah
"Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah saw bersabda, "Wanita mana pun yang memakai bau-bauan, janganlah dia menghadiri solat Isya' bersama-sama kami."

Hadis di atas diriwayatkan pula oleh Muslim,Abu Awamah,Ashhabus Sunan dan lain-lain.Sebenarnya ia juga meliputi seluruh waktu solat kerana pada hadis lain mencakup setiap waktu solat.Dalam hadis ini khusus disebutkan solat Isya' kerana pada waktu tersebut fitnah lebih banyak terjadi.

Larangan memakai bau-bauan ini bukanlah ditujukan untuk orang-orang yang pergi ke masjid tetapi sesungguhnya larangan itu mutlak ditujukan  kepada setiap wanita apabila ingin keluar rumah, baik ke masjid mahupun ke tempat lain.

"Siapa di antara wanita yang memakai harum-haruman, kemudian dia lalu di hadapan orang-orang supaya tercium bau harumannya, maka wanita itu sama berzina".
(Menurut Tirmidzi, hadis ini sahih).;

Diriwayatkan pula oleh Tirmidzi bahawa Rasulullah saw bersabda:
"Wanita yang mempamerkan diri dengan memakai perhiasan di hadapan orang yang bukan keluarganya, tidak ubahnya dia bagaikan berada dalam kegelapan hari kiamat, tanpa cahaya sedikit juapun".

Wahai wanita muslimah!
Janganlah kita keluar rumah memakai bau-bauan dan perhiasan.Azab Allah itu sangat pedih di sana nanti.
Wahai muslimah,
bertakwalah kepada Allah,ikutlah segala larangannya dan laksanakan setiap suruhannya.
Simpanlah kecantikan diri untuk orang yang benar-benar layak untuk dilihati.

Wahai muslimah,
Tak perlu nak menghabiskan masa dihadapan cermin,
membazir wang membeli pakaian yang mengikut trend,
jika niat semata-mata nak  menarik perhatian anak teruna di luar sana,
bersiap sedialah...
Azab Tuhan pasti menanti di sana..

 Jadilah wanita yang cantik di mata Allah, 
bukan pada mata manusia yang hanya menurut nafsu.
sia-sia...

"Sesiapa yang dikehendaki baik oleh Allah, nescaya diberi pemahaman agama yang mendalam oleh-Nya."
(Riwayat Bukhari & Muslim)

Sampaikanlah daripada-Ku walaupun satu ayat...

pesanan buat diriku dan semua muslimah... 

Rujukan : FIQH WANITA
Muhammad Athiyah Khumas.

0 Buah Fikiran:

Post a Comment

http://hotlayouts2u.com/blogger-layouts/view.php?id=L782752258