Monday, November 5, 2012

Travelog Bersamamu Kemboja



Berkongsi pengalaman dan cerita
Pengembaraan ke bumi Kemboja.
Islam itu Indah di mana-mana..:)

Cerita 1 : Harga Setitis Air

Dinihari yang dingin. Kesejukan yang mencengkam mengejutkan aku daripada lena  kepenatan. Mataku lantas melirik jam di tangan, baru menunjukkan jam 5.15 pagi, ini bermakna waktu di Kemboja sekarang jam 4.15 pagi.

“owh, awal lagi getus hatiku”. Aku berazam nak dapatkan Subuh berjemaah hari ini di Kemboja. Aku lantas bangun, bersemangat lagaknya. Aku mengejutkan rakan-rakan yang lain dengan harapan ada lah peneman untukku ke tandas untuk menyucikan diri dan berwuduk sebelum solat.

Hemm, hampa. Mungkin aku kejutkan terlalu awal. Mereka masing-masing tidur semula. Penat agaknya, mana tidaknya setelah seharian semalam kami bersiar di Bandar Pnom Penh melawat Genocide Museum Tuol Sleng dan Choeung Ek Genocidal Center kami terpaksa bermusafir lagi selama enam jam di atas bas untuk sampai ke Kg Rokapopram. Kampung yang terletak jauh di pedalaman, yang mana mereka hidup dalam serba kekurangan.

Walaupun perjalanan yang agak jauh, dipertengahannya lagi kami terpaksa mengharungi jalan raya yang tidak berturap namun hatiku puas bila dihidang dengan pemandangan  kawasan pertanian yang cantik, menghijau sepanjang perjalanan. Sejuk mata memandang, sangat menenangkan.

Aku berteleku sebentar, mengomel sendirian.
“Nak ke tandas seorang diri takut, tandas agak  jauh dan gelap.”Runsing seketika.
Bila memikirkan keselamatan, aku membuat keputusan untuk tidur semula. Tunggu sahaja sehingga ada yang terjaga.

Aku membetulkan kain batik yang dijadikan selimut di hujung kakiku. Sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kedinginan suhu dinihari. Belum sempat aku merebahkan tubuhku semula di atas hamparan tikar, aku melihat Ustazah Saidah bangun dan mengenakan tudung pada kepalanya.

“Alhamdulillah, hatiku berbunga, penuh berharap.”Bisik hatiku.
“Ustazah nak ke tandas ke?”, soalku sebaik melihat ustaz bangun menuju ke pintu.
“Ya, jomlah sekali, Subuh di sini awal.”Jawab ustazah ringkas.
“Ya, sebentar ustazah.” Jawap aku.

Aku dengan pantas mencapai kain tuala dan berus gigi keluar bilik untuk ke tandas.
Keadaan yang masih gelap di luar. Aku melihat beberapa pemuda kampung telah siap sedia di halaman masjid sementara masuknya waktu Subuh. Bagusnya mereka.

Aku berjalan beriringan dengan ustazah menuju ke bilik air.Sampainya di tempat permandian, kepalaku mendongak ke dalam tong tadahan air untuk melihat kuantiti air subuh tu. Saki baki air dalam tong tadahan hanya tinggal sejengkal.Kepala paip ku pusing, tiada setitis air yang keluar.

“Ustazah, air tak ada di sini.Mungkin orang kampung belum buka generator subuh-subuh begini”.Maklumku pada ustazah yang masih terpaku di muka pintu bilik air.
“Kalau begitu kita ambil wudhuk di pam air di luar lah”.Beritahu ustazah.
“Pam air?”,Aku terkejut.

Sebelum ini di Malaysia, aku hanya mendengar nama tapi masih belum dapat melihat rupa sebenar pam air yang disebut-sebut yang menjadi harapan setiap rumah di sini untuk memiliki.

Aku mengikuti ustazah ke pam air.

“Owh, begini rupanya pam air di Kemboja, lebih kurang bentuknya dengan pam air yang pernah keluarga ku guna pada tahun 1997 dahulu.”Getus hatiku.

“Husna, kamu ambil wuduk dahulu, ustazah tolong pam. Nanti kita bergilir.” kata ustazah kepadaku.

“Owh, baik.”Jawapku. Aku tersedar dari kayalan dan terus berwuduk. Aku manfaakan setiap titisan air  keluar sebaiknya. Dingin dan menyegarkan.

Aku sudah mula merasakan kesusahan kehidupan orang kampung di sini. Jika di Malaysia bilik airnya lengkap dengan pili air yang canggih, namun, bagi orang di Kampung Rokapopram, pam air inilah menjadi sumber air utama mereka meneruskan kehidupan seharian.

Alhamdulillah, aku bersyukur dengan nikmat kemudahan di Malaysia untuk dapatkan air. Mudah untuk berwuduk, bersuci dan sebagainya. Adakah ini ucapan syukur pertama dari mulutku setelah 21 tahun aku menikmati adanya pili air di Malaysia. Ya Allah, semoga aku sentiasa menjadi hamba yang bersyukur.


Katakanlah ( Wahai Muhammad) :
"Terangkanlah kepadaku jika sumber air kamu menjadi
kering, maka siapa yang akan memberimu 
air yang mengalir?"
(S. Al-Mulk : 30)


Pam air yang telah siap dipasang sumbangan daripda warga Malaysia

Beginilah kehidupan orang kg Rokapopram di Kemboja
malamnya gelap tiada cahaya lampu
siangnya panas

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan"
(S. Ar-Rahman : 21)

0 Buah Fikiran:

Post a Comment

http://hotlayouts2u.com/blogger-layouts/view.php?id=L782752258