Wednesday, August 24, 2011

Ramadhan kian berakhir.

Bismillahirrahminirrahim...
Ramadhan Karim.
Apa khabar iman semua.Sedar tak sedar sekarang dah masuk 24 Ramadhan, tinggal 6 hari je lagi Ramadhan akan meninggalkan kita.
Bagaimana ibadah kita pada bulan ini?
Ramadhan bakal berakhir Syawal mula bakal menjelma.Yang mana satu kita nak rebut.Persiapan Syawal ataupun mencari malam lailatul Qadar?

Dalam bulan yang mulia ini, janganlah kita cemarkan kemulian Ramadhan dengan perkara-perkara yang tidak sepatutnya.Rebutlah ganjaran Ramadhan itu dengan yakin. Bersabarlah dalam ibadah jika inginkan kelazatan keletihan ketika kita di dunia ini di akhirat nanti.



Malam Lailatul Qadar.

Setiap kali masuk malam sepuluh malam yang terakhir, malam lailatul qadar sering kita dengar di ceramah-ceramah Tv atau sebagainya. Bagaimana keghairahan kita mendengar kelebihan mencari malam yang penuh kemulian ini?

Cuba kita bandingkan, yang mana satu yang memberi semangat kepada kita untuk terus mengejarnya. Dengar lagu hari Raya, semangat datang yang mendorong kita untuk mencari baju raya, buat kuih raya, tukar langsir rumah dan sebagainya. Bila mendengar perihal malam lailatul Qadar ini kadangkala kita seolah-olah mengiyakan sahaja. Bila nak buat ibadah terasa malas dan sebagainya.

Kita perlu yakin bahawa malam Lailatul Qadar itu ada dan kita dituntut untuk menghayati 10 malam terakhir di bulan Ramadhan ini dengan memperbanyakkan amal ibadah.Malam Lailatul Qadar itu wujud pada salah satu malam ganjil pada 10 malam yang terakhir iaitu pada malam 21,23,25,27 dan 29.Berusahalah merebut ganjaran pahala yang mana malam Lailatul Qadar ini lebih baik daripada 1000 bulan...

Antara amalan yang boleh dilakukan pada malam Lailatul Qadar :
1.banyakkan beristighfar
2.berselawat ke atas nabi
3.solat tahjud, solat hajat, solat taubat
4.banyakkan membaca al-Quran
5.banyakkan berdoa

Bersegeralah dalam mencari kebaikan dan beramal ibadat kepada Tuhan yang banyak memberi.
Selamat merebut malam lailatul Qadar.beruntunglah mereka yang memperolehinya..




0 Buah Fikiran:

Post a Comment

http://hotlayouts2u.com/blogger-layouts/view.php?id=L782752258