Saturday, August 6, 2011

Perjalanan hidup ini.


Sanah Helwah buat diriku.
Usia kian meningkat.Tiada lagi angka satu,
dah naik angka dua..Perjalanan hidup yang semakin hampir pada penghujung.

Ya Allah, begitu banyak dosa yang ku lakukan.Sejauh manakah diriku mengamalkan ajaran Mu.Ya Allah, ingatkanlah aku untuk apa aku dilahirkan di dunia ini.Janganlah diri ku ini menjadi hamba yang sombong.Ya Allah, ku memohon peliharalah diri ini.Dengan nikmat yang Engkau curahkan, bijakkanlah diri ini dalam memelihara diri.

Aku hamba yang hina di sisiMu.Saat ini, tubuhku masih disaluti pelbagai dosa yang ku lakukan.Sebegitu tidak layaknya aku menghuni syurgaMu.Namun, disebalik hati ini begitu tinggi cita-citaku untuk bersama bidadari-bidadari di syurga nanti.


Wanita Solehah impianku.
Siti Khadijah, Aisyah, Fatimah contoh wanita yang terbaik 
semoga diri ini tidak berputus asa dalam mencontohi mereka
Berusaha ke arah mencari keredhoaannya,
mengejar untuk mendapatkan rahmatnya,
kerna aku inginkan syurga

Terima kasih ibuku..rindunya pada redup wajahmu.
terima kasih kerana melahirkan anakkmu di dunia ini.
Buat bapaku, didikan abah amat anakmu hargai.
Ampunkan dosa anakmu ini,
Anakmu mengerti, begitu sukarnya mendidik anakmu ini
mak abah......
doakan anakmu ini
mak abah......anakmu tersangat rindu ketika inii

Sahabat-sahabat yang disayangi
terima kasih segala teguran
semoga ukhwah kita berkekalan
kita berukhwah di atas jalanya
bersama-sama kita menjadi hamba yang tunduk pada perintahNya...
Ukhwah fillah abadan abada..

Ya Allah, berkatilah usiaku.
berilah kerahmatan dalam setiap amalan yang ku lakukan.
semoga keredhoaanmu bersama-sama dalam setiap tindakan.


0 Buah Fikiran:

Post a Comment

http://hotlayouts2u.com/blogger-layouts/view.php?id=L782752258