Tuesday, May 17, 2011

Fahamkan daku

Bismillahirrahmanirrahim...
Al-Hamdulillah, ketika nikmat iman dan Islam masih diberikan yang mana kenikmatannnya sukar digambarkan..
Ku berharap juga nikmat kefahaman juga datang untuk diriku dan semua umat Islam.

Nikmat kefahaman merupakan satu nikmat yang Allah berikan kepada yang benar-benar terpilih sahaja.Beruntunglah kepada mereka yang terpilih.Orang yang belajar agama tidak semestinya memperolehi kemikmatan ini.Nikmat ini Allah akan berikan kepada mereka yang benar-benar inginkan sahaja.

Jika kita lihat fenomena hari ini, golongan-golongan yang mempelajari agama masih banyak yang masih kurang faham dengan agama.Soal aurat dan ikhtilat terutamanya masih tak terjaga.Mereka bercouple dan berpakaian tidak mengikut syariat.Berbeza pula dengan golongan yang tidak mengambil pengajian agama, kecintaan mereka kepada Islam Allah lebihkan mereka dengan satu nikmat yang paling besar iaitu nikmat kefahaman.Mereka ini lebih mengamalkan Islam dan membawa Islam dalam kehidupan mereka.

Rasulullah SAW bersabda :
" Sesiapa yang dikehendaki baik oleh Allah, nescaya diberi kefahaman agama yang mendalam oleh-Nya."

Bila Allah inginkan hambanya beriman, Allah akan berikan nikmat ini kepada mereka.Orang yang tinggi ilmunya sekalipun tidak semestinya Allah curahkan nikmat ini kepada mereka.Berdoalah kepada Allah, agar kita sentiasa diberikan kefakihan dalam agamaNya dan ilmu yang bermanfaat untuk diamalkan.

Dapatkah kita gambarkan nasib Islam suatu hari nanti.Jika golongan yang mempelajari agama itu sendiri tidak mengamalkan apa yang dia pelajari bagaimana pula mereka di luar sana ingin contohi.Maka inginkah kita jadi pohon-pohon yang banyak tapi semuanya tak berbuah...Amat rugi sekali.Jadi setiap ilmu yang kita perolehi, amalkanlah itulah yang paling penting sekali.

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat (berdakwah) yang menyeru kepada kebajikan (mengembangkan Islam)..
(Surah Ali 'Imran : 104)

Bersyukurlah bila memperolehi nikmat kefahaman..dan
Jika kita faham, menjadi tanggungjawab kita pula untuk berusaha menambahkan kefahaman kepada mereka yang kurang faham.Kita berusaha, dan kita hanya mampu berharap agar Allah curahkan juga nikmat kefahaman itu kepada mereka.

Bukan mudah untuk mengajak kepada kebaikan terutama madu' itu rakan kita tambah-tambah lagi mereka yang mempunyai tahap ilmu yang lebih tinggi.Itulah pula yang menjadi ujian kepada mereka yang membawa agama.

Bila kita gagal dalam berdakwah, refleksi diri semula.Barulah kita sedar di mana tahap iman kita, sejauh mana amalan kita, bagaimana hubungan kita dengan Allah...

"Serulah 'manusia' kepada jalan Tuhanmu ( Wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik."

Jadi,jika kita ingin menjadi pendakwah yang berjaya, berdakwahlah secara hikmah...
Hikmah tidak semestinya dengan kelembutan, mungkin juga dengan kekerasan...

Muslim meriwayatkan daripada Jarir bin Abdullah r.a, daripada Rasulullah SAW bahawa baginda bersabda yang bermaksud:

"Dalam Islam itu, sesiapa yang memberikan teladan sesuatu kebaikan, maka dia akan memperoleh pahala sama seperti orang yang diperoleh oleh mereka yang mengikutinya tanpa dikurangkan pahala mereka walau sedikit pun.Dalam Islam, sesiapa yang memberikan teladan sesuatu keburukan, maka dia akan memperolehi dosa sama seperti orang yang diperoleh oleh mereka yang mengikutinya tanpa dikurangkan dosa mereka walau sedikit pun."

Cuma di sini ku ingin berpesan kepada rakan-rakan yang ku sayangi, bila sudah terlanjur dengan kesilapan segeralah memohon keampunan.Jangan biarkan titik hitam di dalam hati berkumpul sehinggakan ia kelam di dalam hati.Lunturkan ia dengan istighfar dan amalan-amalan yang boleh mendekatkan diri kita dengan Tuhan.

Sedih rasanya bila maksiat yang dilakukan dikongsi bersama rakan dan menjadi pengalaman yang membanggakan.Alangkah bagus jika tersalah langkah dalam kita memilih jalan diamkan sahaja dan hanya mengadu memohon keampunan kepada Tuhan.

Ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah amat keras seksaanNya dan bahawa sesunggunya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Surah Al-Maidah : 98



Ya Allah, berilah kami nikmat iman
agar kami dapat lebih mengenalmu
agar kami cinta
cinta hanya untukMu, untuk RasulMu, cinta pada kitabMu

Ya Allah, berikanlah kami nikmat kefahaman yang sebenar-benarnya faham agar kami tidak tersasar di atas landasan syariatMu
faham apa yang Engkau turunkan untuk umatMu.

0 Buah Fikiran:

Post a Comment

http://hotlayouts2u.com/blogger-layouts/view.php?id=L782752258