Monday, November 22, 2010

MALUKU PADAMU...




Bismillahirrahmanirrahim...
Ku mulakan dengan lafaz mulia basmalah,moga-moga mendapat redha dariNya,
Ku mulakan dengan memohon maghfirah dariNya,mengharapkan segala keterlanjuran dosa yang  dilakukan mendapat keampunan dengan sifat al-Ghaffar Nya,Ku mulakan dengan bertahmid kerana mensyukuri atas segala nikmatnya yang terus menerus ku terima,kumulakan dengan selawat untuk mengingati kekasih hatiNya yang berjuang untuk Islam yang hasilnya turut ku nikmati hingga kini......


Ku MALU dengan diriku sendiri,tapi ku lebih malu dengan mu ya Rabbi...Ku tahu insan ini masih hina di sisimu..Aku malu kerna ketika ini diriku masih belum dapat menyempurnakan imanku padaMu,hingga kini aku masih mengingkari perintahmu,laluan syaitan masih jua ku lalui,nafsu keji jugaku turuti...entah mengapa,mungkin Engkau belumku kenali sepenuh hati...

Wahai Tuhanku yang ku cintai sepenuh hati...

Ku tahu engkau sentiasa mendengar rintihan ini,rintihan yang selalu Engkau dengari,tapi tak ramai yang benar-benar insafi..
ini munajat seorang hamba yang sentiasa menagih kasihmu,yang mengharapkan keampunanMu,tidakkan ku berhenti hingga hembusan terakhir nafasku,ketahuilah hambamu ini benar-benar mendamba cintamu,bantuanMu sentiasa diharapkan,hidayahMu amat sekali diperlukan,rahmatMu sentiasa dinantikan.

Wahai Tuhanku yang menciptakan sebaik kejadian,

Ku tak mampu untuk menjadi seperti hebatnya ketakwaan Asiah,Kentalnya iman Sumayyah,Solehahnya Siti Khadijah dan Mulianya Fatimah,
Tapi ketahuilah,akan ku contohi mereka itu..namun,andai kata ku tergelincir di landasanMu selamatkan diriku ini....

Wahai tuhanku yang maha mendengar lagi mengasihi,



Aku MALU padaMu...








0 Buah Fikiran:

Post a Comment

http://hotlayouts2u.com/blogger-layouts/view.php?id=L782752258