Tuesday, November 23, 2010

Tabarruj!!!...DoSa BerHiaS



Allah SWT berfirman :

 Maksudnya : 

" Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya :dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka."  

                                                                                                       (Al-Nur : 31)



Dosa Berhias...
Mampukah wanita hari ini dapat mengelakkan diri mereka daripada melakukan dosa tabarruj.Persoalan yang aku sendiri tak terjawab.Wanita dan dosa tabarruj boleh sebati dalam diri jika tidak mengenali dengan dosa ini.


Menurut buku Dosa Berhias (Tabarruj),tabarruj bermaksud memperlihatkan kecantikannya yang wajib ditutup kepada lelaki yang bukan mahramnya.Seperti kata Imam Bukhari : Tabarruj adalah mempertontonkan seorang wanita akan kecantikannya.Menurut Abu a'la al-Maududi pula,tabarruj yang ditujukan kepada wanita mempunyai 3 makna iaitu :
  1. Menampakkan kecantikan bahagian yang merangsang atau menghairahkan kepada lelaki yang bukan mahram.
  2. Menampakkan kecantikan,pakaian dan perhiasannya kepada lelaki yang bukan mahram.
  3. Menampakkan diri sambil berjalan lenggang lenggok dan bergaya kepada lelaki yang bukan mahram
Kita perlu faham bahawa dandanan dan solekan wanita ataupun segala perhiasan yang dapat menambahkan kecantikan,kebanggaan dan kehebatan juga adalah termasuk dalam dosa tabarruj ini.Ini kerana wanita mempunyai daya tarikan yang sangat kuat kepada kaum lelaki.Bila mana wanita itu sendiri yang menambahkan tarikannya kepada lelaki,sebab itulah pelbagai maksiat lain yang terjadi.Wanita sangat mudah difitnah jika tidak menjaga dirinya sebaik mungkin.Allah telah memerintahkan kita agar kaum wanita ini menutup seluruh tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan daripada dilihati oleh kaum lelaki.Sebab Allah inginkan semua wanita di dunia ini dapat memelihara tubuh badan dan maruahnya daripada tercemar serta menjauhkan ia daripada tipu daya lelaki.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Wanita itu aurat.Apabila mereka keluar,maka syaitan memperlihatkan keindahannya."(Riwayat al-Tirmizi)

Wahai muslimah yang sejati,di sini saya ingin membuat pesanan pada diri sendiri dan semua insan yang bergelar wanita..janganlah kita memperbodohkan diri sendiri dengan menturuti nafsu yang sentiasa mendesak untuk mempamerkan perhiasan pada diri.Biarlah kecantikan yang sebenar hanya ditatapi untuk suami yang halal untuk dilihati nanti.

Wahai muslimah yang sejati,yang menutup tubuhnya daripada di lihat oleh kaum lelaki,teruskan dengan penampilan itu,jangan sesekali merasa rendah diri,biarkan dengan cacian orang,perintah Allah perlu diutamakan.Tetapkanlah hati kamu itu untuk mematuhi perintah Allah dan jangan melampau dan jagalah perhiasan sebagaimana yang diperintahkan Allah.


Allah berfirman dalam surah al-Nisa ayat 14 yang bermaksud : 

"dan sesiapa Yang derhaka kepada Allah dan RasulNya, dan melampaui batas-batas SyariatNya, akan dimasukkan oleh Allah ke Dalam api neraka, kekallah Dia di dalamnya, dan baginya azab seksa Yang amat menghina."

Alangkah bahagianya seorang wanita itu bila dapat merasakan kejelitaannya bebas tidak mengundang dosa,tidak menyakiti sesiapa dan ketahuilah wanita...wanita yang baik itu ialah wanita yang tidak dipandang dan jauh dari lelaki.

Jangan kita sesekali turuti kata hati yang telah  dinodai oleh syaitan yang tidak henti menghasut kita,jadilah wanita yang kuat,kuat pada diri,kuat melawan nafsu yang sering menodai,dan janganlah tenggelamkan kenikmatan muda kita dengan dosa kita sendiri,lihatlah betapa ramai wanita yang lemas dalam keseronokan tabarruj,menayangkan tubuh ke sana sini,jangan...jangan sesekali kita turuti..

Bersabarlah...jangan rasa patah hati bila diri dihina kerana wajah lesi tanpa solekan,baju yang membaluti tubuh tak mengikut peredaran zaman dan takut diri tiada pinangan sebab diri tiada daya tarikan.Janganlah bimbang,jika perintah Allah  kita turuti pembalasannya pasti akan datang mungkin bukan di sini tapi pasti di akhirat kelak, pasti ada sesuatu yang lebih menakjubkan.

Akhir kata,berhati-hatilah kita dengan kemurkaan Allah.Sedarkanlah jiwa kita ini dan simpulkan ia sekuat-kuatnya dengan iman.Segerahlah diri kita untuk bertaubat dan jangan sesekali perintah Allah itu untuk dilupai.Jom diri yang menulis ni dan orang lain,kita tinggalkan amalan tabarruj jahiliyyah itu sebelum terlewat.
 

Maka,bertaubatlah kepada sesiapa yang mendapat hidayah,dan celakalah kepada yang masih berada maksiat selepas diajak bertaubat.


Tetapkanlah hati kami di jalanMu ya Allah...



Terus melangkah mencari naungan iman
kerana di situ letaknya kebahagiaan..

        - srikandi muslimah  ^_^

0 Buah Fikiran:

Post a Comment

http://hotlayouts2u.com/blogger-layouts/view.php?id=L782752258