Wednesday, December 8, 2010

MeOww..meOww CoMelkan...




                     MeOww...MeOww..
               sambil  menaip ditemani kucing di sisi...
               cOmeyy kan...lagi cOmey kalau kucing nie lagi gemOk..

Ana suka sangat pada kucing.Suka peluk2 dan cium kucing..Masa cuti nie,bila tak dak kawan nak borak-borak,dengan kucingla tempat mengadu dan bercerita.Walaupun dia kucing,tapi kucing kadangkala lebih baik daripada manusia.Kucing seolah-oleh lebih memahami daripada manusia.

Kat rumah ada 3 ekor kucing.Tapi bakal menerima ahli baru sebab mak kucingnie pregnant lagi walaupun dah tua..kesian juga ana tengok mak kucing nie,bnyak kali sangat dah melahirkan anak yang cOmey2 tapi banyak anak2 dia mati sebab tak cukup khasiat..mungkin sebab ana tiada di rumah nak rawat dia,nak belai2 n bagi mandi kucing2 tu...hehe.

Tapi ada seekor anak dia nie,walaupun dia berlainan upaya,Allah masih memanjangkan usia dia...Nama dia Capek..Kami panggil dia Capek sebab kaki belakang dia tak berfungsi dah...Kesiaaan tengok dia.Dari kecik lagi tak dapat menikmati untuk berjalan dengan sempurna.Dia hanya mengesot untuk bergerak ke sana sini.Bila berlari pulak,Capek nie akan mengesot selaju mungkin dengan mengheret kaki belakang dia...alalaa..comey sangat tengok Capek nie,sebijik macam singa laut pulak..


              Nie bukan Capek...gambar Capek tak dak..tapi suka tengok kucing nie..
                                                               cOmeyyyy!


Teringat pulak zaman kanak-kanak dulu.Kalau nak naik tidoq,mesti bawa kucing  tidoq sekali.Yela,x dak anak patung nak peluk,cukupla kucing sebagai peneman.Sebabnya mak marah sangat kalau ada patung dalam rumah.Mak ngan abah tak penah nak belikan bear kat kami adik beradik.Kalau teringin sangat nak main anak patung,ana dengan adik buat anak patung kain ja...Tapi itu dah cukup menggembirakan kami waktu kecik2 dulu.





Hemm,bila cerita tentang kucing,teringat pula ana dengan seorang tokoh ilmuan yang digelar Abu Hurairah.Sahabat Rasulullah yang sangat cintakan kepada ilmu ini yang kasih pada kucing.Oleh sebab itu beliau mendapat julukan nama "bapa kucing".Namun Rasulullah lebih gemar memanggil beliau dengan gelaran Abu Hirr yang bermaksud "kucing jantan" sebagai panggilan akrab.

Kalau nak tahu,Abu Hurairah adalah antara para sahabat yang sangat rapat dengan nabi.Setelah memeluk Islam melalui Tufail Bin Amr Ad-Dausy,beliau memutuskan untuk berkhidmat dengan Rasulullah dan menemaninya ketika berjumpa dengan Rasulullah semasa menjadi utusan oleh kaumnya ke Madinah.Sejak itulah hubungan Abu Hurairah dengan Rasulullah sangat rapat.Diceritakan bahawa Abu Hurairah tidak mempunyai isteri semasa hayat Rasulullah kerana khuatir akan mengganggu perhatiannya untuk membantu Rasulullah..Hemm,Sungguh mulia peribadi sahabat nabi nie kan.

Ana tertarik dengan sejarah hidupnya.Bukan sahaja Seorang sahabat yang sangat kasih pada kucing malah seorang sahabat yang sangat cintakan ilmu .Beliau telah berjaya mengingat dan menghafal 1607 hadits Rasulullah.Hadits-hadits yang dihafal itulah yang dapat menjadi panduan dalam kehidupan kita hari ini.Begitu besar pengorbanannya untuk kita hari ini ...

Semoga kita juga dapat bersama-sama mencontohi ketokohan Abu Hurairah dalam kehidupan seharian.

Berbalik kepada kisah kucing,apa yang ana ingin sampaikan adalah ana nak ajak kita semua agar menanam sifat ihsan dalam diri kita.Bukan sahaja pada kucing malah semua haiwan yang ada di muka bumi nie.Ana harapkan kita semua nie ada perasaan ihsanlah terhadap semua binatang.Berbuat baiklah terhadap semua binatang mengikut keperluannya.Setiap perbuatan baik itu pasti mendapat ganjaran pahala daripada Allah s.w.t.Cubalah untuk melahirkan rasa simpati pada haiwan kerana haiwan juga makhluk yang diciptakan oleh Allah s.w.t.

Kadangkala ana  berasa sedih bila melihat ada di kalangan manusia yang kurang sifat ihsan dalam dirinya.Selalu bersikap zalim tergadap binatang terutamanya terhadap kucinglah.Memukul,sepak teranjang kucing seolah-olah haiwan tu tak dak perasaan.Tahulah nanti,di padang Mahsyar terketar-ketarlah jasad bila persoalan demi persoalan yang akan ditanya.Pada hari pengumpulan itulah baru perasaan kesal akan hadir kerana takut dengan kemarahan Allah.Setiap perkara yang kita lakukan di dunia ini pasti disoal di hari pengadilan kelak,tidak ada yang terlepas satu pun.

Jadi hiasilah diri kita dengan sifat ihsan terhadap haiwan kerana wajib ke atas manusia untuk mendidik diri dengan sifat ini sebagaimana hadis nabi yang bermaksud :

"Daripada Abu Ya'la Syaddad bin Aus r.a bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:sesungguhnya Allah mewajibkan berlaku ihsan atas semua perkara.Jika kamu membunuh,berlaku ihsanlah ketika membunuh,dan jika kamu menyembelih,berlaku ihsanlah ketika menyembelih.Kamu hendaklah menajamkan pisau dan menyenangkan haiwan sembelih.

Janganlah kita sesekali memberatkan timbangan dosa dengan kejamnya kita terhadap binatang.Tidak mahulah nanti di akhirat kelak,dengan dosa sebeginilah yang menjadi penyebab lambatnya kita melangkah ke pintu syurga,yang menjadi penyebab terketar-ketarnya tubuh untuk merentasi titian sirat untuk menyeberang ke syurga dan yang jadi penyebab kita jatuh ke dalam gaung kemarakan api neraka.Jadi,bersifat ihsanlah terhadap semua haiwan...



           tapi tak smua orang yang suka kucing..ada juga yang takut dengan kucing,
    tapi tak semua yg takut kucing x suka kucing ..
ada yg takut tapi masih suka tengok gmbar2 kucing....
                                      
           
                                                           cOmel kan....

                
alaalaaa..sayu je tengok muka kucing nie...
                

        saYa saYang KuCing...
                   tOlonG jngn puKul kuCing!

Tuesday, December 7, 2010

Idamkan Syurga


Indahnya syurga
tidak dapat diungkap dengan kata
tiada bahasa dapat dicerita 
yang pasti
ada kebahagian abadi yang menanti di sana

Indahnya syurga
tidak dapat dibandingkan
tidak ada akal yang mampu membayangkan...

Singgahsana indah terukir rapi
dari kilauan permata ya'kud dan batu nilam
dipinggir sungai-sungai arak,susu dan madu
ditambah dengan kemewahan buah-buahan
daging burung dari apa yang diinginkan
lazatnya...sungguh mengasyikkan

Indahnya syurga,
kehidupan bagaikan ratu dikelilingi bidadari cantik jelita
bermata indah bak bintang kejora bergemerlapan
anak-anak muda yang tetap muda
membawa gelas dan cerek berisi arak yang mengalir
tidak pening tidak pula memabukkan

Itulah...
itulah dia balasan kepada mereka yang bertakwa
yang berjalan di atas syariatnya
tidak pula melanggar larangannya
hanya mereka ahlul yamin yang layak menerima
bukannya ahlul syimal
yang pasti hidup dalam penyesalan
dengan azab api neraka yang menyiksakan.


Monday, December 6, 2010

Detik baru...MAAL HIJRAH 1432H


Salam Maal Hijrah...
Al-hamdulillah..Tahun baru  telah bermula.Tahun 1432H baru sahaja membuka lembaran baru.Sambutan Maal Hijrah yang mengimbau kenangan kita  akan penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w bersama-sama umat Islam dari kota Mekah ke Kota Madinah.Detik penghijrahan yang penuh pengorbanan demi  perjuangan Islam.Penghijrahan yang menyatukan kaum Muhajirin dan Ansar....

Marilah kita sama-sama menghayati peristiwa hijrah ini sebaik-baiknya.Hijrah bukannya retorik semata-mata.Tapi kita cuba realitikannya dalam kehidupan .Hijrah yang mempunyai 1001 iktibar,ayuhlah kita sama-sama ambilnya sebagai pengajaran dalam kehidupan.

Jika dahulu detik hijrah menyatukan kaum Ansar dan Muhajirin,kini dalam kehidupan era baru ini marilah kita bersama-sama bersatu sesama Islam di atas satu aqidah yang satu.Ketahuilah mereka juga disatukan atas prinsip yang sama iaitu menjadikan Allah sebagai tuhan yang satu  dan keyakinan mereka mengikut suruhan Nabi Muhammad s.a.w sebagai pesuruh Allah.Satukan hati kita di atas jalan yang benar.Keamanan dan perpaduan pasti tercapai jika hati kita sama-sama diikat dengan keyakinan dan kepercayaan yang sama.Elakkanlah daripada mengutuk dan menyakiti hati sesama saudara seislam yang akhirnya boleh membawa kepada perpecahan dan permusuhan.......

Hijrah satu pengorbanan...
Marilah kita sama-sama berkorban untuk mengubah diri menjadi lebih baik dari semalam dan terus bertambah baik pada hari berikutnya untuk mencari keredhoan Allah dalam kehidupan.Amatlah rugi jika kita diberi nikmat hidup tanpa mendapat redho dan rahmat darinya,pasti kesengsaraan menanti di kehidupan yang abadi di sana nanti.Berkorbanlah nikmat hidup yang Allah kurniakan ini untuk sama-sama menegakkan Islam,berkorbanlah jiwa untuk meninggalkan keseronokan hidup,ambillah kesusahan sepertimana Rasulullah s.a.w dan umat Islam dahulu bersusah payah berhijrah demi kebangkitan Islam.

Bersihkan hati...
Cukuplah jika menghayati sambutan Maal Hijrah ini dengan membaiki hati agar menjadi lebih sempurna dan bersih dengan bertambahnya amalan.Buangkan segala titik-titik hitam di dalamnya kerana itulah penyebab kerasnya hati untuk kita menerima ajaran Islam.Hapuskan corak-corak lakaran syaitan,tapi kita bersihkan dengan lakaran-lakaran indah ajaran Islam.Jangan sesekali kita cemarkannya dengan godaan syaitan tapi kita hiasi dengan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.Akhlak seseorang tidak sempurna selagi hatinya masih sakit,belum diubati...Mulai dari hari ini,marilah kita sama-sama saling mengingati dan berhijrah menuju kesempurnaan Iman...Ubati hati agar menjadi lebih kuat untuk menjadi hamba yang bertakwa...


Sekali lagi,ana ucapkan salam maal Hijrah 1432H kepada seluruh umat Islam.
:-: Kullu A'min Wa Antum Bikhair :-:
http://hotlayouts2u.com/blogger-layouts/view.php?id=L782752258