Tuesday, December 18, 2012

Dari Hati ke hati.

Bismillahirrahmanirrahim.
Manfaatkan masa di atas jalan kebaikan.Semoga amalan sekecil ini pun mendapat keberkatan.
Hanya Redho-Mu yg ku mahukan.

"sampaikanlah walaupun sepotong ayat"

Ingin berbicara mengenai HATI. Dari hati ke hati,
moga penulisan ini sampai ke dalam hati kpd semua insan yg memiliki hati.

Manusia adalah hamba Allah. Penentu baik atau jahatnya orang itu adalah hati.
Lahir dari hati, manusia itu bertindak.
Dari mata masuk ke hati, dari telinga pun masuk ke hati. 
Nak jadi baik, perlu perbaiki hati.
Segala-galanya berpunca dari dalam hati.

Uniknya hati, walau orng laen x dengar suara hati yg berbicara tp yg Maha Mencipta hati tetap mengetahui apa yg terkandung dlm hati.
Uniknya hati,
walau dia berselindung di dlm jasad tubuh manusia,
tp bisa menyentuh, bersatu dngan hati2 manusia yg laen.

Nak berubah???
rawatlah hati terlebih dahulu.
Ubati hati sehingga sembuh.Berikan hati ubat mengikut seteruk penyakitnya.

istighfar...istighfar...istighfar...
istighfar sebanyak boleh.

Letakkan hati pada tempat yg betul.
Bagaimana???
jaga pandangan mata, jaga pendengaran telinga, jaga seluruh anggota.
Akal yg ada perlu guna sebaeknya.
Kita berhak memilih,
jika datang kejahatan dan kebaikan di depan mata, pilihlah jalan yg boleh bawa
kita masuk ke syurga, bekalan di akhirat sana.
Kalau hati lebih nak kan keseronokan semata-mata, tiada jaminan di akhirat
sedarlah,
hati kita sedang lapar sebenarnya.
Berikan makanan rohani pada hati, jangan biarkan ia lapar sehinggakan nafsu dpt menguasai.

baca quran, zikir, banyakkan solat sunat, bangun qiam,
ikut cara nabi, pasti hati kita kuat gagah perkasa,
semai takwa dalam jiwa.

Jangan biarkan mata dan telinga hati kita pekak dan tuli.
Ramai manusia ada ilmu,
tp x masuk kat hati.Hanya tahu di akal tapi x sedar di hati.

Banyakkan berdoa, agar hati kita terpelihara.
Moga ditetapkan hati di atas jalanNya.
faham dan faqih dengan ilmu yg peroleh,
beramal kerana Allah swt.

Jauhi penyakit hati, jangan sombong, riak ujub dsb
kalau itulah kita,
hanya titik hitam yg bersarang dlm hati, yg akhirnya gelap
menyukarkan lagi kebaikan masuk dlm diri kita.

Hiasi diri dengan baik peribadi, baiknya hati...
Ikhlaslah, dan ikut segala syariat-Nya,
Hidup pasti bahagia,
barulah senang HATI.


Tiadalah yg penting melainkan mengejar Takwa di sisi Allah
yang maha Esa.

0 Buah Fikiran:

Post a Comment

http://hotlayouts2u.com/blogger-layouts/view.php?id=L782752258