Sunday, March 4, 2012

Hati, Mata, Telinga

Bismillahirrahmanirrahim.
Bersyukur kita pada Ilahi, masih diizinkan oleh Allah untuk kita hidup di muka bumi penuh kenikmatan ini. Kadangkala kita leka, kita lalai sehingga lupa pada pencipta yang jadikan langit terbentang tanpa tiang, laut yang luas indah membiru, tumbuhan subur yang menjadi sumber makanan kepada makhluk yang bernama haiwan dan manusia.


Hati manusia mudah lalai...Cintanya pada Rasul dan Allah semakin luntur dek lekanya dengan kemewahan dunia dan keseronokan dunia hasil hasutan syaitan yang tidak pernah penat melalaikan manusia.Kita dianugerahkan hati, mata dan telinga, tapi sejauh mana kita gunakan nikmat tersebut sebagai bukti penghambaan kita pada pencipta.


"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam, kebanyakan jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak digunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata tetapi tidak digunakannya untuk melihat (tanda-tanda kebesaran Allah), dan mereka mempunyai telinga tidak digunakan untuk mendengar (ayat-ayat Allah).Mereka itu seperti binatang ternakan, bahkan mereka itulah orang yang lalai."
                                                                             (Surah Al-A'raf : 179)


Sahabat-sahabat,
Tundukkan hati kita pada pencipta. Hadirkan ketenangan apabila solat ditunaikan.
Solat kita dikira bukan pada banyaknya bilangan rakaat yang dilakukan tapi dinilai sejauh mana khusyuknya solat yang kita lakukan.


Solat tempat kita lahirkan rasa kehambaan diri kita pada pencipta..Hanya kepada Allah tempat kita bergantung, meminta dan memohon pertolongan.Jadi, bersungguh-sungguhlah melaksanakan rukun Islam yang kedua ini. Kita boleh menilai setinggi mana keimanan diri kita dengan melihat kesungguhan diri kita dalam melaksanakan solat fardhu yang diwajibkan ke atas semua hambanya.


Tunduklah kepada Allah, jangan kita tunduk hanya pada harta dunia...
Letakkan hati kita pada cinta pada Allah dan Rasul, pasti ketenangan itu milik anda.


Jauhkan hati kita daripada sukakan pada nikmat dunia , sehinggakan melalaikan dan lupa bahawasanya harta itu sekadar pinjaman semata-mata.
Jika manusia letakkan hatinya pada kemewahan, pasti kepuasan itu tidak ketemu hingga ke akhir usia. Tapi yang dijumpai hanyalah penyesalan dan kerugian di akhir usia  Malah menjadi papa di akhirat nanti kerana tiada bekalan jika ketika di dunia sibuk menguruskan harta sehingga lupa ibadat kepada Allah SWT.


Kita perlu membaiki diri setiap hari. Nak jadikan diri menjadi lebih baik, baiki dulu hati. Buangkan segala sifat mazmumah yang terlekat pada hati dan gantikan dengan segala sifat mahmudah. Corakkan hati kita dengan kebaikan supaya hasilnya kebaikan dalam setiap amalan.

0 Buah Fikiran:

Post a Comment

http://hotlayouts2u.com/blogger-layouts/view.php?id=L782752258