Saturday, March 5, 2011

Cek Iman

Jom cek Iman…


Tiap-tiap orang yang beriman itu ialah Islam tetapi tidak semua Islam itu beriman.Islam dan Iman mempunyai satu definisi yang sangat berbeza.Beruntunglah yang mana mereka hidup di atas muka bumi yang dilahirkan dalam Islam dan beriman kepada Allah.Iman itu letaknya di dalah hati.Jadi ia perlu disuburkan dengan amalan-amalan yang boleh mengingati kepada-Nya.Inginkan iman perlulah sucikan hati dengan menyingkirkan hati dari sifat-sifat takbur, hasad, dan mencari kemegahan.Iman itu ialah akar,Islam pula pohonya.Jadi pohon itu perlulah sentiasa disiram dengan ihsan agar sentiasa subur.Orang yang beriman perlulah mentasdiqkan imannya di dalam hati,diikrarkan dengan lidah dan membuktikannya dengan amalan.

Jangan sesekali kita cemarkan hati kita dengan sifat takbur sebagaimana kita tahu betapa buruknya sikap itu seperti Firaun yang tidak mahu menerima agama yang dibawa Nabi Musa.Oleh sebab adanya takbur di dalam hatinya maka Firaun melihat Musa itu hanya seorang anak yang masih muda, yang bertahun-tahun lamanya menumpang di dalam rumahnya.Takbur ini juga menyebabkan banyak orang yang tidak mahu menerima atau percaya dengan seruan Nabi Nuh, tidak mahu mengikut kepercayaan tauhid, sebab dipandangnya Nabi Nuh itu seorang yang tidak terkenal dan dari kalangan orang biasa dan pengikut-pengikutnya juga di kalangan orang-orang yang tiada harga.

Kemegahan, kegilaan kepada pangkat yang sedang dipikul itu pula yang menghalangi raja Heraclius akan beriman kepada Muhammad.Dia sudah tahu kebaikan Islam, tetapi lantaran takut pangkatnya dan kehormatannya akan jatuh di hadapan orang-orang besar dan rakyatnya, undur hatinya akan mempercayaai Muhammad, padahal dia telah mendapat bukti yang cukup bahawa benarlah Muhammad itu Nabi yang ditunggu-tunggu di akhir zaman.

Zaman yang berpaksikan kemajuan, manusia berlumba-lumba mencari kekayaan, kemewahan, dan pangkat.Orang yang membawa agama dilihat kolot di mata mereka yang menggilai kehebatan, kecanggihan teknologi.Orang yang mengamalkan ajaran Islam dipandang jelek ala-ala melihat orang yang tak ubah seperti ketinggalan zaman.Ajaran Islam diperolokkan, diputarbelitkan untuk membela diri.Islam dipertaruhkan kerana ingin mengagungkan, memuja kehebatan budaya barat.Hebatkah mereka.Sebenarnya mereka itu tak ubah seperti kaum-kaum dahulu yang telah dibinasakan oleh Allah.Adakah kita ingin menunggu bala Allah itu datang baru kita ingin kembali pada ajaran Islam.

Inginkah kita mengulangi kesilapan kaum-kaum terdahulu.
Jadi hati sentiasa perlu dijaga.Pastikan iman sentiasa tersimpan elok di dalam dada.Biarkan akhlak sahaja yang dapat membuktikan adanya iman di dalam hati kita.

Iman bertambah dan berkurang
Iman itu akan bertambah dan berkurang.Mungkin jua pagi tadi kita beriman tapi bila menjelangnya petang kita kafir.Banyak ayat-ayat Al-Quran yang menunjukkan bahawa iman itu tiada keadaan yang tetap, malahan boleh bertambah-tambah darjatnya, dan boleh pula kurang dan hilang dari dalam hati.Disebutkan dalam surah Munafiqun, ayat 3 yang bermaksud :

Yang demikian kerana mereka mengaku beriman (di hadapan orang-orang Islam) kemudian mereka tetap kafir sesama sendiri, maka Dengan sebab itu dimeteraikan atas hati mereka; lalu mereka tidak dapat memahami (yang mana benar dan Yang mana salah).

Di dalam surah An-Nisa’ ayat 137 yang bermaksud :


Sesungguhnya orang-orang Yang beriman, kemudian mereka kafir, kemudian mereka beriman semula, kemudian mereka kafir sekali lagi, kemudian mereka bertambah-tambah lagi Dengan kekufuran, Allah tidak sekali-kali akan memberi ampun kepada mereka, dan tidak akan memberi pertunjuk hidayah kepada mereka ke jalan Yang benar.

.
Cek Iman
Untuk mengetahui, atau sebagai penguji apakah iman kita bertambah atau kurang, di dalam ayat-ayat Al-Quran dan diiringi sabda Nabi Muhammad s.a.w telah banyak diterangkan.

Setebal manakah iman kita di dalam hati kita sekarang?
Adakah ketika nama Allah itu dibaca , hidup ingatan kita kepada Allah, serta terikat kita dengan perasaan percaya?
Adakah ketika ayat-Nya terbaca, masuk ke dalam jiwa dan meresap kepada akhlak?

Kalau sudah, walaupun sedikit, itu bermakna ada bayangan iman dalam dada kita.Kalau belum, tandanya iman kita masih belum tumbuh.Tanamlah dengan segera sebelum hati menjadi gersang dan tandus tidak mendapat sinar hidayah daripada Allah.

"Jika kita masih merasa bahawa iman kita belum sempurna, tandanya ada harapan dia akan bertambah sempurna, dan kalaulah kita telah merasa bahawa dia telah sempurna, itulah suatu alamat bahawa mulai saat itu iman kita telah berkurang."

Sesungguhnya orang-orang Yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka Yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatnya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.(2)
Iaitu orang-orang Yang mendirikan sembahyang dan Yang mendermakan sebahagian dari apa Yang Kami kurniakan kepada mereka.(3)


Rujukan : Tasawuf moden, Prof dr HAMKA







0 Buah Fikiran:

Post a Comment

http://hotlayouts2u.com/blogger-layouts/view.php?id=L782752258