Berkongsi pengalaman dan cerita
Pengembaraan ke bumi Kemboja.
Islam itu Indah di mana-mana..:)
Cerita 1 : Harga Setitis Air
Dinihari yang dingin. Kesejukan
yang mencengkam mengejutkan aku daripada lena
kepenatan. Mataku lantas melirik jam di tangan, baru menunjukkan jam
5.15 pagi, ini bermakna waktu di Kemboja sekarang jam 4.15 pagi.
“owh, awal lagi getus hatiku”. Aku
berazam nak dapatkan Subuh berjemaah hari ini di Kemboja. Aku lantas bangun,
bersemangat lagaknya. Aku mengejutkan rakan-rakan yang lain dengan harapan ada
lah peneman untukku ke tandas untuk menyucikan diri dan berwuduk sebelum solat.
Hemm, hampa. Mungkin aku kejutkan
terlalu awal. Mereka masing-masing tidur semula. Penat agaknya, mana tidaknya
setelah seharian semalam kami bersiar di Bandar Pnom Penh melawat Genocide
Museum Tuol Sleng dan Choeung Ek Genocidal Center kami terpaksa bermusafir lagi
selama enam jam di atas bas untuk sampai ke Kg Rokapopram. Kampung yang
terletak jauh di pedalaman, yang mana mereka hidup dalam serba kekurangan.
Walaupun perjalanan yang agak
jauh, dipertengahannya lagi kami terpaksa mengharungi jalan raya yang tidak
berturap namun hatiku puas bila dihidang dengan pemandangan kawasan pertanian yang cantik, menghijau
sepanjang perjalanan. Sejuk mata memandang, sangat menenangkan.
Aku berteleku sebentar, mengomel
sendirian.
“Nak ke
tandas seorang diri takut, tandas agak jauh dan gelap.”Runsing seketika.
Bila memikirkan keselamatan, aku
membuat keputusan untuk tidur semula. Tunggu sahaja sehingga ada yang terjaga.
Aku membetulkan kain batik yang
dijadikan selimut di hujung kakiku. Sekurang-kurangnya dapat mengurangkan
kedinginan suhu dinihari. Belum sempat aku merebahkan tubuhku semula di atas
hamparan tikar, aku melihat Ustazah Saidah bangun dan mengenakan tudung pada
kepalanya.
“Alhamdulillah, hatiku berbunga,
penuh berharap.”Bisik hatiku.
“Ustazah nak ke tandas ke?”,
soalku sebaik melihat ustaz bangun menuju ke pintu.
“Ya,
jomlah sekali, Subuh di sini awal.”Jawab ustazah ringkas.
“Ya,
sebentar ustazah.” Jawap aku.
Aku dengan pantas mencapai kain
tuala dan berus gigi keluar bilik untuk ke tandas.
Keadaan yang masih gelap di luar.
Aku melihat beberapa pemuda kampung telah siap sedia di halaman masjid
sementara masuknya waktu Subuh. Bagusnya mereka.
Aku berjalan beriringan dengan
ustazah menuju ke bilik air.Sampainya di tempat permandian, kepalaku mendongak
ke dalam tong tadahan air untuk melihat kuantiti air subuh tu. Saki baki air
dalam tong tadahan hanya tinggal sejengkal.Kepala paip ku pusing, tiada setitis
air yang keluar.
“Ustazah, air tak ada di
sini.Mungkin orang kampung belum buka generator subuh-subuh begini”.Maklumku
pada ustazah yang masih terpaku di muka pintu bilik air.
“Kalau begitu kita ambil wudhuk
di pam air di luar lah”.Beritahu ustazah.
“Pam air?”,Aku terkejut.
Sebelum ini di Malaysia, aku
hanya mendengar nama tapi masih belum dapat melihat rupa sebenar pam air yang
disebut-sebut yang menjadi harapan setiap rumah di sini untuk memiliki.
Aku mengikuti ustazah ke pam air.
“Owh, begini rupanya pam air di
Kemboja, lebih kurang bentuknya dengan pam air yang pernah keluarga ku guna
pada tahun 1997 dahulu.”Getus hatiku.
“Husna, kamu ambil wuduk dahulu,
ustazah tolong pam. Nanti kita bergilir.” kata ustazah kepadaku.
“Owh, baik.”Jawapku. Aku tersedar
dari kayalan dan terus berwuduk. Aku manfaakan setiap titisan air keluar sebaiknya. Dingin dan menyegarkan.
Aku sudah mula merasakan kesusahan
kehidupan orang kampung di sini. Jika di Malaysia bilik airnya lengkap dengan
pili air yang canggih, namun, bagi orang di Kampung Rokapopram, pam air inilah menjadi
sumber air utama mereka meneruskan kehidupan seharian.
Alhamdulillah, aku bersyukur
dengan nikmat kemudahan di Malaysia untuk dapatkan air. Mudah untuk berwuduk,
bersuci dan sebagainya. Adakah ini ucapan syukur pertama dari mulutku setelah
21 tahun aku menikmati adanya pili air di Malaysia. Ya Allah, semoga aku
sentiasa menjadi hamba yang bersyukur.
Katakanlah ( Wahai Muhammad) :
"Terangkanlah kepadaku jika sumber air kamu menjadi
kering, maka siapa yang akan memberimu
air yang mengalir?"
(S. Al-Mulk : 30)
Pam air yang telah siap dipasang sumbangan daripda warga Malaysia
Beginilah kehidupan orang kg Rokapopram di Kemboja
malamnya gelap tiada cahaya lampu
siangnya panas
"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan"
(S. Ar-Rahman : 21)