Thursday, November 25, 2010

MoNoloG di MaLam SePi


Bismillahirrahmanirrahim...
Al-hamdulillah,aku bersyukur dengan nikmat iman dan Islam yang kau berikan padaku ketika ini
Nikmat yang manisnya tidak dapatku gambarkan
hebatnya yang tidak mampuku pamerkan
tenangnya...itu saja yang mampuku ungkapkan...

Selawat dan junjungan salam buat kekasih hatiNya dan tak lupa juga buat para sahabat,
tabi' dan tabi'en yang bersama-sama memperjuangkan Islam
yang memberikan nikmatnya buat ku hari ini..

Hebatnya mereka,kentalnya imam mereka serta teguhnya ketakwaan mereka memang sukar untukku tandingi...Subhanallah....


Pada malam yang sepi dan syahdu ini,aku ingin menyingkap kembali diari hidupku yang aku ingati kembali..Walaupun malam itu gelap tetapi tetap indah bila ditemani oleh bulan yang menerangi bumi,berserta bintang-bintang yang cantik bergemerlapan yang menghiasi alam duniawi ini..
wahhh,sungguh indah sekali..itulah kebesaran kejadian Tuhan yang amat menakjubkan sekali.

Begitulah kehidupan ku ini...Malam tidak akan bercaya tanpa bulan yang memantulkan cahayanya ke bumi.Begitulah kehidupan manusia..Tanpa cahaya iman di dadanya pasti hidupnya tersesat dalam kekelaman kegelapan. Inginkan cahaya iman bukannya boleh datang sendiri melainkan dengan kemahuan sendiri.

Terima kasih ya Allah kerana dengan bantuanmu telah keluarkan aku dari kegelapan menuju cahaya yang menerangi jalan untuk aku bermusafir di bumi ini sebagai hamba yang inginkan kebenaran.Aku mengakui memang dahulu aku hidup dalam kehinaan yang boleh juga mengundang kemurkaanMu namun hari ini dan ketika saat ini ,aku sangat menyesali semua dosa-dosa itu.Aku mengharapkan Engkau tak jemu untuk menerima taubat hambaMu,rintihan dan pengaduan sesalan ini.

Pada waktu sedang mentari membahangkan bumi,memberi keperluan kepada tumbuhan hijau di muka bumi ini,menyedarkan aku tentang keajaiban ciptaanmu.Memberi hidayah untuk ku kembali di jalanMu.Jalan yang lurus yang membawa aku ke syurgamu.Namun,layakkah aku....persoalan yang tak mampu aku ketahui jawapannya lagi kecuali di sana nanti.

Jahilnya aku dahulu sangat ku kesali..Akan ku kikisnya pada diri agar licin tanpa berbaki.Namun,ku pasti masih ada sisa yang melekat yang degil tak mau pergi...Namun akan ku cuci setiap hari dengan ilmu dan rendamkannya dengan kefahaman agar sisa-sisa tadi semua hilang dengan usaha tanpa kenal jemu dan bermujahadah dengan nafsu yang sering meronta untuk dituruti..

Saat ku mencari-cari ke mana jalan yang ingin ku tujui,kau telah hadirkan teman-teman yang sejati dalam hidupku yang kelam ini.Insan-insan yang pasti engkau kasihi,yang selalu mengajak daku untuk mencintaiMu,yang menarik daku di saat alpa dengan nikmatmu dan yang tak jemu melimpahkan ilmu kepadaku kerna kau tahu betapa ceteknya ilmuku.Terima kasih ya Allah,kerana temukan aku dengan mereka-mereka yang istiqamah menyusuri jalanmu walaupun penuh liku.Akanku doakan mereka agar bersama para syuhadaMu di akhirat kelak....Aminnn..

Ya Allah..kekalkanlah hatiku dalam keadaan begini.Keadaan yang mana menyesali segala kesilapan dan betapa hendaknya aku pada Islam sebagai matlamat dalam kehidupan...Ya Allah ku tahu betapa membuaknya hatiku di saat menulis diari ini..Cukuplah ku ungkapkan di sini..Engkaulah cinta pertamaku....

Aku sering memerhati orang-orang disekelilingku dan bertanyakan dalam diri,mengapa dahulu mereka ini begitu teguhnya pada agamaMu kini lemah dengan sedikit nikmat yang kau pamerkan di dunia ini...Tak teringinkah mereka dengan nikmat yang lebih berlipat ganda  yang kau janjikan di syurga nanti..

Jadi,dengan penuh pengharapan tetapkanlah hati-hati kami di jalanMu ya Rabbi.Teguhkanlah hati-hati kami dengan ujian yang kau berikan dan janganlah kami turuti kata syaitan yang jelas menyesatkan.............




Okeylah..haripun sudah lewat malam.Monolog pun berenti di sini.Jika dipanjangkan umur dan masih diberikan nikmat untuk menggerakkan jari-jari ini ada masa boleh diteruskan lagi...

Malam yang sudah sepi,dan ku pun mau pergi untuk merehatkan diri.Semoga esok hari dapat bangun semula untuk mengabdikan diri pada pencipta pada Tuhan yang ku cinta.Cinta yang tiada penghujungnya...


Malam yang sangat sepi tapi seronok bermonolog dalam hati sambil jari-jemari menari di atas keyboard  sambil mengikut alunan muzik yang dinyanyikan oleh Ustaz Suhaimi .Begitu Indah sungguh makna di sebalik bait-bait lirik nasyid nie..


Suhaimi-"Kias Cinta"

seandainya dunia tiada warna
tetap kan ku kagumi
indah maya alam ciptaanNya
kudratNya ku agungi

namun jalin warna zahirlah sang pelangi

menyisih mendung menambat seri
terbias semua cahaya
nyata ilham di alam mimpi
betapa ku syukuri nikmatNya
ku pasti

begitu kias cinta

hadir menghuni jiwa
menyatu sejuta rasa
kurnia penuh bermakna

tika dalam gelita

atau sepi kembara
dihadirkan rasa cinta
sisih segala duka
anugerah dariNya

hanyalah cintaNya yang amat ku harapkan

tiada lain yang jadi rayuan
namun Dia Maha Mengerti
tak mampu insan bersendiri
menempuh dugaan yang menguji
naluri

begitu kias cinta

hadir menghuni jiwa
menyatu sejuta rasa
kurnia penuh bermakna

tak akan ku persia

limpah rahmat yang Esa
bagaikan jalinan warna
yang menyulam cahaya
biasan kasihNya

moga tak diuji asyik cinta duniawi

mengharap teduh redha Ilahi
kerna segala kurnia
hadirnya hanyalah pinjaman
sungguh ku syukuri kesempatan
bahagia






Lirik lagu yang sangat puitis dan indah...
Berhiburlah sambil mendekatkan kita lagi dengan cinta pertama kita..


****
Akulah hamba yang bermusafir di bumi ini yang melangkah untuk tumpang berteduh di bawah naungan keimanan dan rimbunan ketakwaan...

                                                                                      SeNyuMaN QalBi  ^_^

Tuesday, November 23, 2010

Tabarruj!!!...DoSa BerHiaS



Allah SWT berfirman :

 Maksudnya : 

" Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya :dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka."  

                                                                                                       (Al-Nur : 31)



Dosa Berhias...
Mampukah wanita hari ini dapat mengelakkan diri mereka daripada melakukan dosa tabarruj.Persoalan yang aku sendiri tak terjawab.Wanita dan dosa tabarruj boleh sebati dalam diri jika tidak mengenali dengan dosa ini.


Menurut buku Dosa Berhias (Tabarruj),tabarruj bermaksud memperlihatkan kecantikannya yang wajib ditutup kepada lelaki yang bukan mahramnya.Seperti kata Imam Bukhari : Tabarruj adalah mempertontonkan seorang wanita akan kecantikannya.Menurut Abu a'la al-Maududi pula,tabarruj yang ditujukan kepada wanita mempunyai 3 makna iaitu :
  1. Menampakkan kecantikan bahagian yang merangsang atau menghairahkan kepada lelaki yang bukan mahram.
  2. Menampakkan kecantikan,pakaian dan perhiasannya kepada lelaki yang bukan mahram.
  3. Menampakkan diri sambil berjalan lenggang lenggok dan bergaya kepada lelaki yang bukan mahram
Kita perlu faham bahawa dandanan dan solekan wanita ataupun segala perhiasan yang dapat menambahkan kecantikan,kebanggaan dan kehebatan juga adalah termasuk dalam dosa tabarruj ini.Ini kerana wanita mempunyai daya tarikan yang sangat kuat kepada kaum lelaki.Bila mana wanita itu sendiri yang menambahkan tarikannya kepada lelaki,sebab itulah pelbagai maksiat lain yang terjadi.Wanita sangat mudah difitnah jika tidak menjaga dirinya sebaik mungkin.Allah telah memerintahkan kita agar kaum wanita ini menutup seluruh tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan daripada dilihati oleh kaum lelaki.Sebab Allah inginkan semua wanita di dunia ini dapat memelihara tubuh badan dan maruahnya daripada tercemar serta menjauhkan ia daripada tipu daya lelaki.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Wanita itu aurat.Apabila mereka keluar,maka syaitan memperlihatkan keindahannya."(Riwayat al-Tirmizi)

Wahai muslimah yang sejati,di sini saya ingin membuat pesanan pada diri sendiri dan semua insan yang bergelar wanita..janganlah kita memperbodohkan diri sendiri dengan menturuti nafsu yang sentiasa mendesak untuk mempamerkan perhiasan pada diri.Biarlah kecantikan yang sebenar hanya ditatapi untuk suami yang halal untuk dilihati nanti.

Wahai muslimah yang sejati,yang menutup tubuhnya daripada di lihat oleh kaum lelaki,teruskan dengan penampilan itu,jangan sesekali merasa rendah diri,biarkan dengan cacian orang,perintah Allah perlu diutamakan.Tetapkanlah hati kamu itu untuk mematuhi perintah Allah dan jangan melampau dan jagalah perhiasan sebagaimana yang diperintahkan Allah.


Allah berfirman dalam surah al-Nisa ayat 14 yang bermaksud : 

"dan sesiapa Yang derhaka kepada Allah dan RasulNya, dan melampaui batas-batas SyariatNya, akan dimasukkan oleh Allah ke Dalam api neraka, kekallah Dia di dalamnya, dan baginya azab seksa Yang amat menghina."

Alangkah bahagianya seorang wanita itu bila dapat merasakan kejelitaannya bebas tidak mengundang dosa,tidak menyakiti sesiapa dan ketahuilah wanita...wanita yang baik itu ialah wanita yang tidak dipandang dan jauh dari lelaki.

Jangan kita sesekali turuti kata hati yang telah  dinodai oleh syaitan yang tidak henti menghasut kita,jadilah wanita yang kuat,kuat pada diri,kuat melawan nafsu yang sering menodai,dan janganlah tenggelamkan kenikmatan muda kita dengan dosa kita sendiri,lihatlah betapa ramai wanita yang lemas dalam keseronokan tabarruj,menayangkan tubuh ke sana sini,jangan...jangan sesekali kita turuti..

Bersabarlah...jangan rasa patah hati bila diri dihina kerana wajah lesi tanpa solekan,baju yang membaluti tubuh tak mengikut peredaran zaman dan takut diri tiada pinangan sebab diri tiada daya tarikan.Janganlah bimbang,jika perintah Allah  kita turuti pembalasannya pasti akan datang mungkin bukan di sini tapi pasti di akhirat kelak, pasti ada sesuatu yang lebih menakjubkan.

Akhir kata,berhati-hatilah kita dengan kemurkaan Allah.Sedarkanlah jiwa kita ini dan simpulkan ia sekuat-kuatnya dengan iman.Segerahlah diri kita untuk bertaubat dan jangan sesekali perintah Allah itu untuk dilupai.Jom diri yang menulis ni dan orang lain,kita tinggalkan amalan tabarruj jahiliyyah itu sebelum terlewat.
 

Maka,bertaubatlah kepada sesiapa yang mendapat hidayah,dan celakalah kepada yang masih berada maksiat selepas diajak bertaubat.


Tetapkanlah hati kami di jalanMu ya Allah...



Terus melangkah mencari naungan iman
kerana di situ letaknya kebahagiaan..

        - srikandi muslimah  ^_^

Monday, November 22, 2010

MALUKU PADAMU...




Bismillahirrahmanirrahim...
Ku mulakan dengan lafaz mulia basmalah,moga-moga mendapat redha dariNya,
Ku mulakan dengan memohon maghfirah dariNya,mengharapkan segala keterlanjuran dosa yang  dilakukan mendapat keampunan dengan sifat al-Ghaffar Nya,Ku mulakan dengan bertahmid kerana mensyukuri atas segala nikmatnya yang terus menerus ku terima,kumulakan dengan selawat untuk mengingati kekasih hatiNya yang berjuang untuk Islam yang hasilnya turut ku nikmati hingga kini......


Ku MALU dengan diriku sendiri,tapi ku lebih malu dengan mu ya Rabbi...Ku tahu insan ini masih hina di sisimu..Aku malu kerna ketika ini diriku masih belum dapat menyempurnakan imanku padaMu,hingga kini aku masih mengingkari perintahmu,laluan syaitan masih jua ku lalui,nafsu keji jugaku turuti...entah mengapa,mungkin Engkau belumku kenali sepenuh hati...

Wahai Tuhanku yang ku cintai sepenuh hati...

Ku tahu engkau sentiasa mendengar rintihan ini,rintihan yang selalu Engkau dengari,tapi tak ramai yang benar-benar insafi..
ini munajat seorang hamba yang sentiasa menagih kasihmu,yang mengharapkan keampunanMu,tidakkan ku berhenti hingga hembusan terakhir nafasku,ketahuilah hambamu ini benar-benar mendamba cintamu,bantuanMu sentiasa diharapkan,hidayahMu amat sekali diperlukan,rahmatMu sentiasa dinantikan.

Wahai Tuhanku yang menciptakan sebaik kejadian,

Ku tak mampu untuk menjadi seperti hebatnya ketakwaan Asiah,Kentalnya iman Sumayyah,Solehahnya Siti Khadijah dan Mulianya Fatimah,
Tapi ketahuilah,akan ku contohi mereka itu..namun,andai kata ku tergelincir di landasanMu selamatkan diriku ini....

Wahai tuhanku yang maha mendengar lagi mengasihi,



Aku MALU padaMu...








Saturday, November 20, 2010

BuTa MaTa...

Assalamualaikum...

Bertemu kembali...malam yang suram..tiada bintang yang berkerlipan....malam yang gelap sepi..hitam dan kelamm...hemm,membuatkan ana teringatkan kepada kematian..suatu kepastian..bersediakah diri ini nak menuju dunia yang abadi???



Cuba menghisab diri...apakah cukup amalanku untuk di bawa ke dunia sana nanti..Adakah hidupku di dunia ini seorang hamba yang buta,tak nampak cahaya,tersasar-sasar mencari jalan...takut tersalah jalan,akhirnya membawa kepada kesengsaraan...

Tiba-tiba teringat dengan lagu nie..lagu yang selalu ana dengar bila nak insafkan diri..Cuba kita hayati  betol2 lirik nie..sangat menyentuh hati..jangan sekadar dengar tapi cuba hayati dengan mata hati....
apakah kita nie buta ataupun celik kat dunia nie..?

hemm,cuba hayatilah sendiri lirik nie..


BuTa MaTa..


Buta mata tak nampak jalan di dunia
Kerana tidak nampak cahaya
Tidak tahu kemana hendak di tuju
Kehilir atau ke hulu

Selamatlah di dunia fana ini
Bila mana mata tidak buta
Melalui pengalamaan diri
Kerana jalan itu sudah biasa


Ada pedoman yang menunjuk kita
Tongkat ditangan membantu jua
Boleh jadi orang simpati yang membawa
Tapi kita buta hati menderita

Tidak nampak jalan menuju ke akhirat
Negeri yang kekal abadi
Tidak diukur x2 dengan masa
Tidak ada kawan yang datang membantu
Tiada pengalaman yang memastikanya
Tiada pedoman menunggu kita
Tidak ada yang simpati menolong kita
Dalam kegelapan terjun ke neraka

Menderita ke negeri yang abadi
Tidak kembali ke dunia lagi
Tiada gunanya penyesalan diri
Oleh itu banyakkan amal dan bakti 2x

Album :
Munsyid : Saff One




Friday, November 19, 2010

SeLaMat BerAmal di Musim CuTi..

Cuti sekolah bermula!!!

Hoyeeyyy...sElaMat BeRcuTi semua kepada yang sedang bercuti...Selamat tinggal Maktab ku...Taun depan kita bertemu kembali...




Bes nya cuti..semua orang suka cuti.Sebab cuti boleh cuti daripada pergi kuliah dan tak ada lagi assignment yang kena buat....memang bes cuti,boleh relax2 goyang kaki,boleh tidoq lama-lama,tengok tv dan movie..wahhh,hepynya kan klau macam nie..Bila sebut cuti macam-macam dah dibayangkan.pelbagai perancangan dah dibuat sebulan sebelum cuti lagi...huuu..adakah anda macam nie?tak mau....jangan jadi macam nie..RUGI...RUGI....

Tapi....ramai pula bila cuti,ibadahnya sekali cuti...sakit..sakit..yang ini lagi tersangat RUGI...takut2...takut yang menulis nie juga terbuat macam nie...Adakah anda macam nie??.Selalunya cuti macam nilah,banyak orang yang terleka dengan membuang masa,pergi jalan-jalan tak tentu hala,makan banyak-banyak,tidoq pun banyak-banyak...tak tau nak buat apa,tengok tv ,movielah,sampai solat entah masuk kat filem mana...

tapii..sebenarnya cutilah peluang ibadah kita terbuka..UNTUNG..UNTUNG.sangat beruntung orang yang menggunakan cuti untuk menambahkan ibadatnya kepada Allah,mengabdikan diri kepada Allah..jadii,untung-untungkanlah diri kita...tambahkanlah amalan kita,banyakkan amalan sunat,baca Quran,bangun tahjud,tambah ilmu dan baanyak lagii..alangkah bahagianya orang yang macam nie..tepuk dada tanyalah diri sendiri...sayangilah diri ,didiklh jiwa,lapangkan dada,luaskan minda...berfikirlah sewaras-warasnya..pilihlah jalan yang sebaik-baiknya..



Jadii...sedarkanlah diri..jangan asyik nak berseronok..ambillah peluang yang ada untuk memperbaiki diri..


JOMM...JOMM..jngan tunggu lagi..
tinggalkan keseronokan sebentar..jom kita cari bekalan akhirat...

JOMMMM apa yang ditunggu lagi tu...adakah anda nak jadi orang yang rugi???
amatlah rugi...

bye..bye...jom kita gunakan peluang yang ada dengan sebaiknya...jauhkan diri dengan perkara-perkara yang merugikan..
SelaMat BerAmal!


sentiasalah bermuhasabah diri di musim cuti ini,jangan sampai hati kita kelam dengan perbuatan-perbuatan keji..chek2 lah selalu nyer...



Rasulullah pernah berdoa :

 
اللهم حبب إلينا الإيمان وزينه في قلوبنا وكره إلينا الكفر والفسوق والعصيان

 Maksudnya : " Ya Allah,tanamkanlah kecintaan dalam diri kami kepada keimanan dan hiasilah hati kami dengan keimanan.Jadikanlah hati kami benci kepada kekufuran,kefasikan dan maksiat."
(Riwayat Ahmad)



Firman Allah SWT :

Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Orang-orang yang
khusyu dalam solat mereka. Dan yang berpaling daripada perkara sia-sia. Dan yang
mengeluarkan zakat. Dan yang memelihara kemaluan mereka. Kecuali terhadap isteri isteri
mereka atau hamba yang mereka miliki, maka sesungguhnya mereka dalam hal ini
tiada tercela. Maka barangsiapa mencari yang disebalik itu, maka mereka itulah orangorang
yang melampaui batas. Dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan
janji-janji mereka. Dan orang-orang yang memelihara solat mereka. Mereka itulah
orang-orang yang akan mewarisi. Yang akan mewarisi Syurga Firdaus. Mereka kekal di
dalamnya.
(Al-Mu’minun: 111)

Friday, November 5, 2010

Kebahagian ini

 Bismillahirrahmanirrahim...


Aku ingin menjadi orang yang paling bahagia...
bahagia dengan nikmatnya,
bahagia dengan ibadah kepadaNya,
bahagia dengan maghfirahnya,
bahagia dengan rahmat dan hidayahNya...


"Ya Allah dekatkanlah diriku ini dengan mu ya Allah...berilah peluang kepada hambamu ini untuk peroleh cinta dari Mu...Cinta yang hakiki dan suci...."

  

 Aku ingin menjadi orang yang paling bahagia
 bukan pada maksiat yang keji,
bukan pada perhiasan pinjaman duniawi,
bukan pada hiburan yang melalaikan diri
dan juga
 bukan pada pergaulan yang sakit untuk ditatapi
tanpa batas
sehingga islam itu sendiri mereka khianati

Tapi,
aku ingin menjadi wanita yang paling bahagia
 dengan mengingatiMu ya Rabbi...
Kernaku yakin Allah akan ingat pada hambanya
yang selalu mengingatiNya....


Firman Allah di dalam al-Quran :

"Dan sesiapa enggan daripada mengingat-Ku,maka hidupnya
akan terasa perit dan kelak pada hari kiamat akan kami akan bangkitkan
 dalam keadaan buta.Ia menyanggah:
"Oh tuhanku,mengapa Engkau jadikan aku dalam keadaan buta di sini (akhirat) padahal
dulu (di dunia) aku dapat melihat?
"Tuhan menjawab : "Kerana engkau telah melupakan
ayat-ayat Kami,maka (supaya setimpal) pada hari ini engkau dilupakan!"

(Surah Taha : 124-126)


 
  

Wahai sahabatku,marilah kita sama-sama menanam
pohon-pohon keimanan di dalam dada kita,
kita suburkan dengan siraman zikrullah agar hasilnya nanti dapat dituai
untuk menghapuskan segala keresahan dan kegundahan di dalam dada kita.
Ini kerana orang-orang yang beriman itu sentiasa memburu "keimanan" kerana di situlah letaknya kebahagian....




 
"dan orang-orang yang beriman hati mereka menjadi tenang dengan mengingat Allah. Ingat! hanya dengan mengingat Allah maka hati menjadi tenang."
 
  
 

http://hotlayouts2u.com/blogger-layouts/view.php?id=L782752258